Wednesday, June 22, 2011

Tiket lawan Lubnan dijual pagi esok

TIKET untuk perlawanan timbal-balik pusingan kedua, kelayakan Olimpik 2012 zon Asia antara Malaysia dan Lubnan akan dijual mulai pukul 3 petang pada hari perlawanan, Khamis ini. 

Perlawanan akan bermula jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam, tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM30 untuk tempat duduk di grand stand, RM20 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.


Katanya penonton boleh membeli tiket perlawanan di pintu kuning stadium berkenaan. 

Pada perlawanan pusingan pertama di Beirut, Ahad lalu, kedua-dua pasukan seri 0-0.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...