Wednesday, July 6, 2011

SSFC anjur rombongan

KELAB Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) akan menganjurkan rombongan peminat Malaysia ke Singapura bagi menyaksikan perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai ini.

Bagi memudahkan perjalanan, penyokong Ultras Malaya ke negara itu, SSFC akan mengendalikan pasport berkumpulan dengan anggaran bayaran sebanyak RM55 dikenakan. Bagaimanapun, bayaran itu tidak termasuk tiket menonton perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Nasir Yunus di talian 012-3209207, Azhari Musa 017-3177505, Mohd Shahiran 019-3406841 dan Mohd Hairi 012-3687576.

Skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal mara ke pusingan kedua menentang Singapura dengan mengatasi Taiwan menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas terikat agregat 4-4.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...