Friday, May 4, 2012

Kelantan catur strategi hadapi LionsXII


Harian Metro

KELANTAN perlu melupakan seketika kegembiraan layak ke final Piala FA dan kembali fokus untuk berdepan cabaran LionsXII dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim menyeru pemain supaya memadamkan seketika kegembiraan itu sebaliknya memberi tumpuan 100 peratus menumpaskan Lions XII.

Katanya, selain berdepan pendahulu liga setakat ini, Red Warriors juga terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan tiga mata di laman sendiri bagi merapatkan kedudukan.



“Kami tidak boleh kalah dalam perlawanan malam esok (malam ini) kerana pemain perlu memberi tekanan ke atas LionsXII dan berusaha merapatkan kedudukan,” katanya ketika dihubungi semalam.


Rekod pertemuan Red War riors dengan LionsXII pada pusingan pertama liga menyaksikan Kelantan menang 2-1 di Stadium Jalan Besar.



Namun pencapaian itu tidak lagi menjadi ukuran pada perlawanan malam ini.



Azman berkata, selepas beberapa perlawanan dilalui, banyak perubahan yang berlaku ke atas wakil Singapura itu.


Katanya, selain lawan semakin kuat, pemain Red Warriors juga dibelenggu masalah keletihan namun percaya mereka mampu memberi saingan berbekalkan kelebihan beraksi di tempat sendiri.



“Inilah peluang kami membuktikan kekentalan di gelanggang sendiri dengan kemenangan mutlak kelak,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...