Thursday, May 3, 2012

Mat Zan Mat Aris direhatkan


Mat Zan Mat Aris direhatkan
Jurulatih pasukan Terengganu, Mat Zan Mat Aris telah direhatkan oleh Terengganu FA sehingga 15 Mei 2012.
Selepas tewas di pusingan separuh akhir Piala FA musim ini, Terengganu FA telah membuat keputusan untuk merehatkan ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris sehingga 15 Mei 2012.
Terengganu yang gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA sebelum ini mengalami kemerosotan dalam prestasi sejak tewas 6-1 dengan Selangor dalam perlawanan Liga Super dan Mat Zan Mat Aris telah dikritik hebat oleh ramai pihak temasuk penyokong skuad Penyu.


Walaubagaimanapun, Terengganu bangkit semula apabila berjaya mencatatkan kemenangan dan mara ke pusingan kedua Piala AFC selepas menewaskan Song Lam Nghe An dari Vietnam.
Selepas mesyuarat pihak pengurusan Terengganu semalam, mereka telah membuat keputusan untuk merehatkan Mat Zan Mat Aris  sehingga 15 Mei 2012.
Pengurus pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh memberitahu ESPNSTAR.my: "Kami telah mengadakan mesyuarat semalam dan membincangkan tentang pemain, prestasi pasukan dan tahap fizikal semua anggota. Kami juga mengambil kira penyertaan dalam Piala AFC."
Walaubagaimanapun, Datuk Che Mat Jusoh menegaskan bahawa keputusan dibuat atas persetujuan semua pihak termasuk Mat Zan Mat Aris sendiri.
"Tujuan kami bukan untuk mencari kesalahan sesiapa tetapi kami mahukan yang terbaik untuk pasukan.
"Secara rasminya Mat Zan Mat Aris akan direhatkan sehingga 15 Mei dan beliau telah menerima keputusan ini dengan baik. Penolong jurulatih pasukan, Khalid Mohd Dahan akan mengambil alih tugas jurulatih buat sementara waktu." katanya lagi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...