Monday, February 28, 2011

Liga Perdana - 28 Februari 2011 *GAME 5*



28 Feb 2011
Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi
PDRM
2
1
HARIMAU MUDA B
Fauzuan Abdullah, Mohd Fauzi Abd Majid
Mohamad Syamim Mohd Sobri


28 Feb 2011
Stadium Olahraga USM
USM FC
3
0
PULAU PINANG
Mohd Afzan Zainal Abidin, Adam Abdul Malek, Mohamad Baser Mahamad Napee


28 Feb 2011
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
ATM
2
1
JOHOR
Yusaini Hafiz Che Said, Fatorozi Razi
Shoufiq Khusaini

28 Feb 2011
Stadium MBPJ Kelana Jaya
SIME DARBY FC
0
0
POS MALAYSIA FC



28 Feb 2011
Stadium JCorp Pasir Gudang
MP MUAR FC
2
0
SARAWAK
Chin Hong Aik, Mohd Fitri Omar


28 Feb 2011
Stadium Negeri Batu Kawan
SDM KEPALA BATAS
1
5
SELANGOR PKNS
Ibrahim Aini
Mohd Zamri Hassan, Mohd Khairul Akhyar Husin (2), Mohd Khairul Azrin, Mohd Azrif Nashuraq

T-Team catat kemenangan pertama

T-Team akhirnya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila membelasah Perlis 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin. 

Pasukan kendalian Yunus Alif itu bijak menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila mendahului seawal minit ke tiga melalui jaringan Khairul Izwan khalid. 

Tujuh minit kemudian, gawang pelawat yang dikemudi Hairol Fazreen bolos lagi, kali ini menerusi rembatan Badrul Hisani Abd Rahman. 

Pada minit ke-13, Perlis dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan T-Team, Azizi Matt Rose, namun sepakan yang diambil Faiz Subri sekadar terkena tiang gol. 

Pada separuh masa kedua, T-Team kembali melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya, Khairul Izwan berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-59. 

T-Team berpeluang menambah gol keempat pada minit ke-89, namun percubaan Norfarhan Mohammad dari luar kotak penalti sekadar terkena tiang gol. 

Bagaimanapun, kemenangan sulung yang dicatat pada aksi semalam membolehkan T-Team mengumpul empat mata daripada lima perlawanan.

Kekalkan momentum pada pasukan

KETUA Jurulatih Perak, Norizan Bakar mahu anak buahnya mengutip tiga mata penuh apabila melayan kunjungan Harimau Muda A, di Stadium Perak, malam esok. 

Menurutnya, pemain juga perlu menggunakan kelebihan beraksi di lama sendiri seterusnya mengekalkan rekod tanpa kalah kepada enam perlawanan berturut-turut. 

“Saya harap pemain yang diturunkan pada perlawanan itu nanti dapat mempamerkan prestasi baik seterusnya memenangi perlawanan terbabit. 

“Saya juga berharap momentum yang ada pada pasukan ketika ini dapat diteruskan,” katanya. 

Kelmarin, Perak mencatatkan kemenangan bergaya apabila menumpaskan Pahang 2-0 di Stadium Darul Makmur. 

Gandingan Muhammad Syafiq Jamal dan Akmal Rizal Rakhli berjaya menghuru-harakan barisan pertahanan Tok Gajah apabila masing-masing menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama. 

Syafiq yang juga bekas penyerang Kedah membuka tirai jaringan skuad Skor Yob Skor pada minit ke-22, sebelum Akmal meletakkan Perak di hadapan pada minit ke-45. 

Dengan kemenangan itu, Perak berada di tangga kedua di belakang Kelantan, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah kepada lima perlawanan.

Cuma satu mata: Kim Swee

HILANG konsentrasi dan keletihan adalah punca Harimau Muda A terpaksa berkongsi satu mata apabila seri 1-1 ketika menentang Felda United, di Stadium Shah Alam, kelmarin. 

Jurulatihnya, Ong Kim Swee bagaimanapun berpuas hati terhadap persembahan anak buahnya. 

Katanya, walaupun bermain dalam keletihan, pemain masih mampu bermain baik dan mengikut setiap arahan yang diberikan. 

“Pada perlawanan itu, saya membuat beberapa perubahan kepada pasukan dengan merehatkan empat pemain yang beraksi menentang Pakistan baru-baru ini. 

“Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah kita memberikan tendangan penalti kepada pihak lawan,” katanya. 

Pada perlawanan tersebut, Harimau Muda A terlebih dahulu berada di depan melalui jaringan bintang skuad Olimpik, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-46. 

Bagaimanapun, pada minit ke-67 Liew Kit Kong menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti setelah S. Sivanesan menjatuhkan Farderin Kadir di dalam kotak penalti. 

Keputusan seri itu meletakkan skuad bimbingan Kim Swee di tangga keempat liga dengan mengumpul lapan mata, manakala Felda United yang merupakan juara Liga Perdana musim lalu berada di tangga ketujuh. 

Sementara itu, menjelang pertemuan Harimau Muda A menentang Perak di tempat lawan malam esok, Kim Swee mahu pemainnya membaiki kelemahan dan tidak terikut-ikut rentak permainan lawan. 

“Perak merupakan sebuah pasukan yang baik, tambahan pula mereka belum pernah tewas setakat ini. 

“Oleh itu, saya harap pemain dapat mempamerkan permainan sebenar mereka. 

“Kalau bagus, saya akan senaraikan mereka ke dalam skuad Olimpik,” katanya.

Hairuddin wira NS

PENYERANG berpengalaman, Hairuddin Omar berjaya memulihkan maruah Negeri Sembilan apabila gol tunggal jaringannya pada minit ke-76 membantu juara Piala FA musim lalu itu menewaskan Sabah, pada saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, kelmarin.


Skuad Hobin Jang Hobin itu yang dahagakan kemenangan selepas tewas dalam dua perlawanan sebelum ini, kini menarik nafas lega apabila menduduki tempat ketiga liga dengan sembilan mata berbanding Kelantan dan Perak yang mendominasi dua tangga teratas dengan 11 mata.

Namun, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan tidak terlalu gembira dengan keputusan tipis yang dicatat anak buahnya itu kerana menyifatkan kesebelasan utama yang diturunkan tidak mempamerkan keupayaan sebenar.




“Rata-rata pemain belum menyerlahkan kehebatan sebenar apabila banyak gerakan kurang menjadi selain barisan depan perlu digilap untuk lebih mantap menjelang cabaran akan datang,” katanya.

Belum boleh dabik dada

KETUA jurulatih Perak, Norizan Bakar tetap mengamalkan sikap merendah diri biarpun anak buahnya pulang dari Kuantan dengan mengutip mata penuh selepas menundukkan Pahang, 2-0 pada saingan Liga Super, malam kelmarin.


Malah, kejayaan yang sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah anak buahnya itu selepas lima perlawanan membuatkan jurulatih itu mengutarakan madah berhemah kerana tidak mahu dianggap riak dan takbur.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan kejayaan ini. Begitupun ini bukan bererti kami sudah boleh mendabik dada kerana mempunyai perjalanan yang masih jauh dan berliku. Pemain perlu terus bekerja kuat.


“Apapun, kejayaan ini pasti menjadi pendorong semangat pemain untuk menghadapi perlawanan seterusnya dan saya harap mereka mampu mengulanginya,” katanya.

Pada perlawanan itu, gol-gol Perak disumbang Shafiq Jamal dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada babak pertama. Pahang cuba bangkit pada babak kedua dalam usaha mencari gol penyamaan tetapi pelawat berjaya bertahan hingga ke wisel penamat.


Jurulatih yang lebih dikenali sebagai Cikgu Jan itu berkata, kejayaan Perak adalah kerana pemain berjaya mengekalkan bentuk serta melaksanakan taktikal disiplin pasukan yang direncanakan.




“Setiap pemain bermain dengan baik serta menunjukkan kesungguhan tinggi pada perlawanan itu. Masing-masing memainkan peranan mereka dengan berkesan,” katanya.

Begitupun, kejayaan itu tidak mudah buat Perak yang terpaksa membayar dengan kecederaan dan layangan kad kuning buat pemain utama yang mungkin tidak dapat turun beraksi menentang Harimau Muda, malam esok.




“Setakat ini saya tidak tahu status mereka. Saya akan membuat semakan apabila kami mengadakan latihan esok (hari Ini). saya mempunyai 48 jam untuk membuat perancangan bagi perlawanan itu,” katanya.

Dollah naik angin

KEBIMBANGAN jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengenai sentuhan penyudah tumpul ternyata benar apabila skuad kendaliannya tewas 0-2 kepada Perak, kelmarin.
Dollah berkata, kegagalan barisan serangan memanafaat peluang menyebabkan impian meraih tiga mata gagal hingga memberi kesan kepada skuadnya.

“Pemain gagal melakukan asakan biarpun menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang pada babak kedua tetapi tidak menghasilkan gol.


“Saya akui ketika ini masalah ketumpulan jentera serangan melakukan asakan membataskan peluang Pahang untuk melakar kemenangan,” katanya.

Penyudah tumpul

SUKAR menjangkakan aksi Selangor pada awal saingan Liga Super musim ini. Daripada lima perlawanan diharungi, tidak ada aksi meyakinkan dipamer juara bertahan itu termasuk ketika seri dengan Johor FC, kelmarin.
Selepas kalah kepada Kelantan di perlawanan pembuka tirai, Selangor yang dibimbing jurulatih K Devan mempamerkan prestasi turun naik dengan mencatat dua kemenangan, menewaskan Perlis dan Terengganu serta dua seri ketika menentang Kuala Lumpur dan Johor FC secara berselang seli.

Bagaimanapun, Devan masih belum panik biarpun menyaksikan sentuhan barisan penyerang agak tumpul pada perlawanan terbaru.


“Saya puas hati permainan yang ditunjukkan tapi kecewa dengan keputusan diraih kerana sepatutnya boleh membawa pulang kemenangan tapi nasib tak menyebelahi kami.

“Penyudah tak begitu baik tapi kalau nak cakap aksi Selangor tak konsisten kena tunggu keputusan tiga atau empat perlawanan lagi. Bagi saya satu mata yang dikutip di gelanggang lawan mencukupi tapi kami sepatutnya boleh menang,” katanya yang dihubungi semalam.


Dalam aksi di Stadium JCorp, Pasir Gudang itu, Devan hanya melakukan dua pertukaran berbanding kesebelasan utama ketika menewaskan Terengganu, 3-2 di Shah Alam dengan memasukkan Nasriq Baharom dan Razman Roslan menggantikan Khairul Anuar Baharum dan D Surendran yang cedera.




Gandingan penyerang Mohd Amri Yahyah dan Fadzli Saari yang turut dibantu pemain sayap Amirulhadi Zainal gagal menembusi gawang Johor FC.

Keputusan itu menyebabkan gergasi merah kuning tergelincir satu anak tangga ke tangga keenam dengan kutipan 8 mata keseluruhan, hanya tiga mata di belakang pendahulu liga, Kelantan.


Di sebalik masalah bahagian serangan yang kembali menghantui selepas ketiadaan Mohd Safee Sali yang berhijrah ke kelab Indonesia, Pelita Jaya, ada juga yang melegakan Devan menjelang pertembungan dengan Kedah di Shah Alam, esok.

“Saya masih tidak dapat menggandingkan Nasriq dan Khairul Anuar Baharom di bahagian tengah kerana selepas Nasriq kembali bermain, Khairul pula cedera. Tapi saya gembira kerana pemain pertahanan berjaya mencatat rekod bersih tanpa bolos buat kali kedua setakat ini,” katanya.

Azuan masih tertekan kedudukan Johor FC

SEHARUSNYA tiga mata mampu digapai Johor FC jika barisan serangan pasukan bertaraf kelab itu mampu menterjemah setiap percubaan depan gol dengan jaringan pada pertembungan menentang Selangor di Stadium JCorp, Pasir Gudang, kelmarin. 

Keputusan seri 0-0 menyaksikan skuad bergelar Lebah masih menghuni di kelompok bawah Liga Super sekali gus meletakkan jurulatih, Azuan Zain berada dalam dilema selepas ketumpulan barisan serangan masih menghantui skuad itu.

Dia hanya mengharapkan ledakan daripada trio penyerang - Shahrizal Saad, Mohd Rashid Aya dan Wan Hoesnie Wan Hassan - akan kembali berbisa.
“Saya agak tertekan dengan kedudukan Johor FC yang masih berada di kelompok bawah liga namun masih ada harapan untuk bangkit. Saya yakin pemain Johor FC juga tidak mahu melihat skuad itu di belenggu kekecewaan. 

Menjelang pertemuan menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok, Azuan belum pasti menurunkan barisan yang sama ketika mencatat keputusan seri menentang Selangor. 

Beliau berkata, hanya penjaga gol, Mohd Anis Faron yang akan tiba lewat memandang pemain itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan, semalam, malah Johor FC hanya memiliki seorang lagi penjaga gol, Mohd Fazli Paat. 

Wan Jamak ‘gelisah’ ragam NS

‘Prestasi skuad Rusa belum mencapai tahap keupayaan sebenar’

SEKALIPUN berjaya meraih kemenangan ke atas Sabah dalam pertemuan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin, namun prestasi dipamerkan kesebelasan utama Negeri Sembilan belum mencapai tahap keupayaan sebenar. 

Ini diakui ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang merumuskan betapa masih banyak kelemahan perlu diperbaiki apabila anak buahnya terpaksa menunggu sehingga minit ke-76 mencatat kemenangan tipis 1-0 untuk meraih tiga mata berharga.

Menurutnya, kelemahan itu antaranya hantaran yang kurang tepat dan jentera barisan depan yang belum begitu mantap harus segera diperbaiki bagi memastikan misi meneruskan kemenangan tidak terjejas menjelang saingan Piala FA menentang Kuala Lumpur di Paroi, Jumaat ini.
“Jika mengambil kira keseluruhan persembahan malam ini (kelmarin), saya dapati pemain belum menyerlahkan kehebatan sebenar apabila banyak gerakan kurang menjadi malah barisan depan juga perlu digilap untuk memastikan kemantapan menjelang cabaran akan datang. Ketiadaan pemain utama Mohd Shukor Adan dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin memberi kesan ketara kepada kekuatan pasukan. 

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana pasukan mencapai kemenangan dan matlamat kita untuk mendapatkan tiga mata berharga berhasil sekali gus mengembalikan semula maruah pasukan selepas mencatat dua kekalahan sebelum ini,” katanya selepas perlawanan malam kelmarin. 

Penyerang berpengalaman, Hairuddin Omar berjaya menyelamatkan maruah Negeri Sembilan apabila sepakannya selepas menerima hantaran silang pemain gantian, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak yang beraksi buat kali pertama musim ini, terkena palang sebelum menerjah jaring sekali gus menewaskan penjaga gol Sabah, Azizon Abdul Kadir. 

Liga Super tak diabai: Kim Swee

Sedar pemain masih dibelenggu keletihan, tapi masih atur strategi temui Perak

ELEMEN ‘letih’ pantas mencengkam minda Ong Kim Swee ketika barisan Harimau Muda A tampak harus dicanang dengan pendekatan terbaik menjelang cabaran perlawanan kedua, pra-Olimpik menentang Pakistan di Lahore pada 9 Mac ini. 

Namun, ketua jurulatih skuad muda negara itu tetap tidak mahu mengalih fokus daripada saingan kancah Liga Super yang sama penting ketika anak didiknya bersemangat mencari kedudukan terpuji dalam kejohanan domestik.

“Memang pemain saya keletihan selepas perlawanan menentang Pakistan. Tetapi kita tidak boleh mengambil mudah Liga Super. Saya percaya tidak ada pemain dalam pasukan inginkan kekalahan. Jadi pada masa yang sama walaupun bertukar-tukar pemain, saya percaya kita perlu mendapatkan keputusan baik.
“Selepas ini Harimau Muda A akan bertemu Perak dan saya terpaksa memikirkan lagi. Saya tidak pasti lagi siapa yang akan diturunkan, apabila tiba masanya nanti saya tentu akan buat sedikit perubahan,” katanya selepas perlawanan Harimau Muda A menentang Felda United, di Stadium Shah Alam, kelmarin. 

Katanya, dalam tempoh seminggu ini sebelum beraksi di Lahore, dia perlu mengatur strategi dan juga memikirkan kesebelasan utama yang bakal diturunkan dalam Liga Super bagi memastikan barisan pemain tidak terlalu keletihan nanti. 

Dalam perlawanan kelmarin, Kim Swee terpaksa menurunkan Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Shas, Mohd Affizi Faizal Mamat, Wan Zaharul Nizam dan Mohd Fandi Othman yang disenaraikan dalam perlawanan pertama bertemu Pakistan di Stadium Shah Alam, Rabu lalu. 

Johor FC puas ikat Selangor

JOHOR BAHRU - Johor FC sepatutnya meraih tiga mata penuh ketika menentang Selangor dalam Liga Super kelmarin, jika berjaya memanfaatkan peluang gol di sepanjang perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, aksi di gelanggang sendiri di Stadium JCorp, Pasir Gudang, gagal dimanfaatkan sebaiknya oleh skuad muda Johor FC, biarpun berjaya mengawal permainan terutamanya pada babak kedua.

Namun pujian harus diberikan kepada skuad Lebah yang mempamerkan corak permainan menarik dan jelas dahagakan kemenangan, berbanding Selangor yang dilihat hanya bermain untuk mendapatkan satu mata sahaja.

Jurulatih Johor FC, Azuan Zain berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan anak buahnya ketika berdepan skuad Red Giant yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Sambil memuji persembahan barisan pemainnya yang beraksi tanpa kelibat bekas pemain kebangsaan, Eddie Helmi Abdul Manan yang masih dibelenggu kecederaan lutut, beliau berkata, ia adalah permainan terbaik dipamerkan anak buahnya musim ini.

"Kita memang bermain untuk menang malam ini dan sepatutnya mampu menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol jika pemain kita dapat menyempurnakan peluang gol, tetapi apakan daya kita tidak berbuat demikian dengan peluang yang kita hasilkan.

"Walau apa pun pun saya tetap berpuas hati dengan aksi mereka yang dilihat sudah memperoleh momentum yang baik, sekali gus memberikan semangat untuk mengharungi perlawanan seterusnya," katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Menurutnya, Johor FC akan mengekalkan rentak permainan yang sama apabila menentang Terengganu di tempat lawan esok.

Azuan berkata, perjalanan skuadnya masih jauh dan beliau yakin barisan pemainnya mampu mencatatkan lebih banyak kemenangan pada perlawanan akan datang meskipun gagal beraksi baik di awal musim.

Johor FC bermula hambar apabila seri tanpa jaringan pada perlawanan pembukaan menentang Felda United di tempat sendiri dan tewas 0-1 serta 1-4 masing-masing semasa menentang Perak dan Kelantan pada aksi di tempat lawan.

Namun, skuad Lebah mula menunjukkan peningkatan apabila mencatat kemenangan pertama dengan menewaskan Sabah 1-0 pada perlawanan keempat di Stadium Likas.

Kelantan hampa penyudah tumpul

KOTA BHARU - Penyudah yang tumpul membantutkan hasrat Kelantan untuk melebarkan kelebihan di tangga teratas Liga Super selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar Sabtu lalu.

Pengurus pasukan Azman Ibrahim berkata, sikap terlalu menghormati kemampuan lawan yang dibarisi beberapa tonggak kebangsaan, hampir memakan diri sehingga membenarkan Kedah memperolehi gol awal biarpun pasukannya berjaya memberikan tekanan.

"Pada perlawanan itu, kami sepatutnya menang dan tiga mata daripada perlawanan tersebut penting buat kami untuk meneruskan cengkaman dalam liga serta menjarakkan kedudukan dengan pasukan lain.

"Saya sering berpesan kepada pemain supaya jangan mengambil mudah setiap perlawanan kerana pasukan lawan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untuk menewaskan kami," katanya ketika di hubungi di sini semalam.

Azman memberitahu, beliau terkilan kerana pasukannya yang kerap mencipta peluang gol, namun gagal menghasilkan jaringan untuk memastikan Kelantan membawa pulang tiga mata penting ke Kota Bharu.

Menurutnya, dia mengakui kurang nafsu untuk menjaringkan gol di kalangan pemainnya menyebabkan beberapa peluang terbaik gagal disempurnakan.

"Kita sudah menjangkakan satu perlawanan sengit menentang Kedah, namun tidak menyangka kita mempunyai banyak peluang terbaik tetapi dihampakan dengan ketumpulan penyudah.

"Separuh masa pertama kita menguasai permainan dan gol yang dihasilkan Kedah pada awal babak kedua jelas sedikit melunturkan semangat pemain, namun kita bertuah kerana berjaya mengikat kedudukan pada minit-minit akhir perlawanan," ujarnya.

Tambahnya, beberapa kelemahan sudah dikenalpasti termasuk ketumpulan jentera serangan serta bahagian tengah yang kurang 'bekerja' dalam merencanakan permainan sehingga menyebabkan Kelantan hampir berputih mata.

Pada perlawanan tersebut, tuan rumah terlebih dahulu menyegat menerusi jaringan penyerang kelahiran Kelantan, Azlan Ismail yang bijak menyudahkan hantaran Badrol Bakthiar pada minit ke-57.

Ketika Kedah berkira-kira untuk memungut tiga mata di laman sendiri, penggempur sensasi kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menghukum kealpaan pertahanan Kedah dengan rembatan padu menewaskan Abdul Hadi Hamid untuk memastikan Kelantan tanpa kalah dalam lima perlawanan.

Wan Jamak terselamat seketika

SEREMBAN - Luka Negeri Sembilan terubat walaupun skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan sekadar mencipta kemenangan tipis 1-0 ke atas Sabah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.

Kemenangan itu sekali gus menyelamatkan maruah Wan Jamak sebagai pengendali skuadHoben Jang Hoben, yang berdepan tindakan penggantungan, jika tewas dalam pertemuan tersebut.

Ini berikutan amaran oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menggantung khidmat jurulatih itu, jika Negeri Sembilan mencatat kekalahan tiga kali berturut-turut.

Pada pertembungan kelmarin, penolong ketua pasukan, Hairuddin Omar muncul sebagai penyelamat Negeri Sembilan apabila berjaya menjaringkan gol tunggal hasil hantaran lintang pemain penyerang, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-76.

Meskipun pasukan tuan rumah mendominasi keseluruhan perlawanan, banyak 
percubaan dan peluang gol gagal disempurnakan oleh anak buah Wan Jamak bagi mencari kemenangan selesa ke atas pasukan Sabah yang dibimbing Gary Pihilips.

Wan Jamak ketika dihubungi di sini semalam memberitahu, dia amat bersyukur dan lega dengan kemenangan tersebut, sekali gus membolehkan Negeri Sembilan meraih tiga mata penuh, untuk memperbaiki kedudukan dalam liga.

''Saya amat berpuas hati dengan persembahan pemain secara keseluruhannya, kerana mereka telah mempamerkan permainan berpasukan seperti yang saya harapkan.

''Saya juga bersyukur kerana kami berjaya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini, walaupun banyak percaturan pemain baru terpaksa dilakukan bagi menggantikan tempat lima pemain utama, ekoran masalah kecederaan," jelasnya.

Diminta mengulas dia mungkin digantung jika tewas kepada Sabah, Wan Jamak enggan membangkitkan isu tersebut, namun mengakui terkilan kerana bakal berhadapan dengan tindakan tersebut.

''Saya agak terkilan dengan isu ini. Namun inilah dunia bola sepak, walaupun pemain telah berusaha bersungguh-sungguh dan bermain dengan baik, ia tidak semestinya berakhir dengan kemenangan.

''Ini kerana dalam setiap perlawanan, satu kesilapan kecil boleh membawa padah sehingga boleh menjuruskan kepada kekalahan," katanya.

Begitupun, Wan Jamak mengakui dia mempunyai tugas lebih berat pada perlawanan seterusnya saingan Liga Super menentang Red Wariors di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan esok.

''Kami mempunyai tugas yang lebih berat kerana ramai pemain utama masih dibelenggu masalah kecederaan seperti, Idris Karim, Abdul Halim Zainal, Tengku Qayyum, manakala Ahmad Aminuddin Shahruddin pula digantung.

''Hairuddin pun baru sahaja pulih daripada demam dan saya berharap pemain yang cedera ini dapat diserapkan jika sudah pulih bagi menentang Kelantan," ujarnya.


Pemain Negeri Sembilan, S Kunanlan (kanan) cuba melepasi halangan dua pemain Sabah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban kelmarin.

Sunday, February 27, 2011

KL tekad tebus kekalahan di Kangar

TEWAS 1-2 kepada Terengganu yang melonjak ke tangga ketiga Liga Super kelmarin, memberi isyarat betapa Kuala Lumpur perlu menebus semula kekalahan tipis itu apabila bertemu Perlis, Selasa ini. 

Berada di tangga ke-10 liga tidak cukup untuk membuatkan ketua jurulatih, Kuala Lumpur, Razip Ismail berpuas hati kerana bekas bek kebangsaan itu beranggapan, pemainnya mampu berada di kedudukan yang lebih selesa berdasarkan corak permainan yang ditonjolkan anak didiknya.

Apa yang penting buat Razip kini ialah memastikan Kuala Lumpur mampu mengumpul sebanyak mata mungkin dalam setiap perlawanan dan pertemuan dengan pasukan tercorot Perlis, diharap mampu memberi kelebihan untuk mencatat kemenangan.


“Kami akan menebus kembali kesilapan itu. Pada saya, kami bermain dengan baik semasa bertemu Terengganu tetapi tiada penyudahan berkesan. Kami akan cuba mendapatkan mata penuh apabila bertemu Perlis nanti kerana tidak mahu tercicir terlalu jauh. 

“Berdasarkan corak permainan dan prestasi, saya yakin Kuala Lumpur boleh mendapatkan mata nanti (di Kangar),” katanya.

Karathu tetap berpuas hati

JURULATIH Kelantan, Datuk M Karathu tetap berpuas hati walaupun pasukan kendaliannya sekadar mengutip satu mata selepas seri 1-1 ketika menentang Kedah di Stadium Darulaman, Alor Setar, kelmarin. 

“Bagi saya ia masih satu pencapaian baik kerana Kedah malam tadi (kelmarin) buat pertama kali dapat menurunkan kesebelasan terbaiknya,” kata Karathu ketika dihubungi, semalam. “Secara keseluruhan, kami mengawal permainan dan sepatutnya pulang dengan kemenangan.

“Pada babak pertama, beberapa percubaan dihasilkan tetapi gagal. Rentak sama dipamerkan pada babak kedua tetapi kerana kelekaan pertahanan, Kedah membuka jaringan hasil hantaran cantik Baddrol (Bakhtiar).


“Namun kami bangkit menyamakan kedudukan dan kembali mengasak tuan rumah dan mendapat tiga peluang keemasan untuk menambah jaringan menerusi Piya (Mohd Badri Radzi) dan Mohd Ramzul (Zahini Adnan).” 

Perak terus ekori Kelantan

Selangor gagal baiki kedudukan selepas seri dengan Johor FC 

PERAK melebarkan rekod tanpa kalah musim ini untuk mengutip 11 mata dan melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas membenam Pahang 2-0 manakala T-Team merakam kemenangan pertama untuk menjarakkan diri daripada zon penyingkiran apabila membelasah Perlis, 3-0, malam tadi.

Di Stadium Darulmakmur, Kuantan, skuad Perak bimbingan Norizan Bakar mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Syafiq Jamal pada minit ke-23 dan Akmal Rizal Rakhli (m45) untuk memungut tiga mata dan berkongsi dengan pendahulu Kelantan yang mendahului dengan perbezaan jaringan.


Di Stadium Shah Alam, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria membuktikan kemampuannya sebagai peledak berbisa apabila merobek gawang FELDA United menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti tiga minit sebaik babak kedua bermula. 

Namun anak buah E Elavarasan bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-67 yang disempurnakan Liew Kit Kong selepas S Sivanesan mengasari Farderin Kadir di dalam kotak penalti. 

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team merakam kemenangan sulung musim ini apabila meratah Perlis 3-0 hasil dua gol Khairul Izwan Khalid (m3, 59) dan Mohd Badrul Hisani Abd Rahman (m10). 

Pada babak kedua, Perlis berpeluang merapatkan jurang apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan, Azizi Matt Rose tetapi tendangan Mohd Faiz Subri terkena palang dan melantun keluar. 
Di Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi, Hairuddin Omar menyelamatkan maruah tuan rumah apabila meledak gol pada minit ke-76 untuk membolehkan Negeri Sembilan mengatasi Sabah 1-0, selepas menerima hantaran cantik Mohd Zaquan Adha Abd Razak yang diturunkan buat pertama kali selepas berehat panjang akibat kecederaan. 

Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, Johor FC menyekat hasrat juara bertahan, Selangor daripada melonjak ke tangga ketiga liga selepas mengikat pelawat tanpa jaringan, sekali pun Merah Kuning mendapat beberapa peluang keemasan untuk memecah kebuntuan. 



 PEMAIN Pahang, R Kartigesu (tengah) cuba melepasi pertahanan Perak dalam saingan  di Stadium Darulmakmur, malam tadi. Pahang  tewas 0-2.
PEMAIN Pahang, R Kartigesu (tengah) cuba melepasi pertahanan Perak dalam saingan di Stadium Darulmakmur, malam tadi. Pahang tewas 0-2.

T-Team catat kemenangan pertama

PENANTIAN pasukan berstatus kelab, T-Team untuk mencatat kemenangan pertama pada kempen Liga Super musim ini akhirnya tercapai.
Semalam, pasukan kendalian Yunus Alif itu bijak menampilkan permainan kelas tersendiri untuk membelasah Perlis 3-0.
Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu, Khairul Izwan Khalid meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit ketiga.
Khairul yang tidak dikawal bijak menolak bola masuk ke gawang Perlis selepas berlaku perebutan dalam kawasan kotak penalti.
Tujuh minit kemudian, gawang pelawat yang dikemudi Hairol Fazreen bolos lagi, kali ini menerusi rembatan Badrul Hisani Abd Rahman.
Pada minit ke-13, Perlis dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan T-Team, Azizi Matt Rose, namun sepakan yang diambil Faiz Subri sekadar terkena tiang gol.
Bersambung babak kedua, T-Team kembali melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya, Khairul Izwan berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-59.
Gol peribadi kedua Khairul itu hadir menerusi tandukan cantik hasil sepakan percuma Rosdi Talib.
T-Team berpeluang menambah gol keempat pada minit ke-89, namun percubaan Norfarhan Mohammad dari luar kotak penalti sekadar terkena tiang gol.
Bagaimanapun, kemenangan sulung yang dicatat pada aksi semalam membolehkan T-Team mengumpul empat mata daripada lima perlawanan.
Sementara itu, juara bertahan, Selangor terus merasai kehilangan bekas penyerang mereka, Safee Sali apabila gagal mencatat kemenangan ketiga apabila hanya mampu seri 0-0 dengan Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pula, tuan rumah Negeri Sembilan berjaya mengalahkan Sabah 1-0.
Perak pula terus mengekori pendahulu liga, Kelantan apabila mengejutkan tuan rumah, Pahang 0-2 di Stadium Darul Makmur semalam.
Di Stadium Shah Alam pula menyaksikan Harimau Muda A turut diikat 1-1 oleh Felda United.
KHAIRUL IZWAN (kiri) tersungkur selepas dibentes pemain Perlis pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

Kelantan baiki jentera penggempur

KELANTAN gagal menghapuskan ‘badi’ Stadium Darulaman apabila sekali lagi dipaksa berkongsi satu mata dengan pasukan tuan rumah, Kedah pada aksi Liga Super malam kelmarin.
Turun dengan misi membawa pulang mata penuh, Kelantan dikejutkan dengan jaringan pendahuluan oleh bekas pemain The Red Warriors, Azlan Ismail hasil hantaran lintang Baddrol Bakhtiar.
Begitupun, Norshahrul Idlan Talaha menjadi penyelamat apabila meledakkan gol penyamaan pada lewat permainan.
Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan terkilan dengan keputusan itu.
Ini kerana, Kelantan dilihat kerap mengancam kubu Kedah tetapi gagal menghasilkan jaringan biarpun mereka sepatutnya berhak membawa pulang mata penuh.
Tanpa berselindung, beliau mengakui kurang naluri untuk menjaringkan gol menyebabkan para pemain mempersia-siakan beberapa peluang terbaik termasuk tiga menerusi ketua pasukan, Badri Radzi.
“Kita sudah menjangkakan satu perlawanan sengit akan berlangsung malam tadi (kelmarin) tetapi tidak menyangka kita mempunyai banyak peluang terbaik tetapi dihampakan dengan tindakan penyudah yang kurang baik.
“Separuh masa pertama kita menguasai permainan dan gol yang dihasilkan Kedah pada awal babak kedua jelas sedikit melunturkan semangat pemain tapi kita bertuah kerana berjaya mengikat kedudukan pada penghujung perlawanan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, beberapa kelemahan sudah dikenal pasti termasuk ketumpulan jentera serangan serta di bahagian tengah yang kurang ‘bekerja’ dalam merencanakan permainan sehingga menyebabkan Kelantan hampir berputih mata.
Jelasnya, sikap terlalu menghormati pasukan lawan terutama pasukan Kedah yang memiliki enam pemain kebangsaan boleh memakan diri biarpun jelas Kedah dilihat begitu tertekan sehingga berjaya memperoleh gol pembukaan.
“Sepatutnya kita memenangi perlawanan itu dan tiga mata semalam cukup penting sebagai ‘turning point’ untuk kita mengungguli persada liga serta menjarakkan kedudukan dengan pasukan-pasukan lain.
“Sebab itu, saya selalu pesan kepada pemain supaya jangan mengambil mudah setiap perlawanan kerana pasukan yang menentang kita akan memberikan komitmen yang paling tinggi dan mahu menewaskan kita,” ujarnya.
Katanya, tempoh dua hari sebelum turun melayan kunjungan Negeri Sembilan di Kota Bharu pada Selasa ini akan digunakan sebaik mungkin bagi memantapkan lagi jentera penggempur.
PEMAIN Kedah, V. Thirumurugan (tengah) berjaya melepasi kawalan pemain Kelantan M. Syakir Shaari pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman kelmarin.

Perak kekal rekod tanpa kalah

KUALA LUMPUR - Perak semakin garang pada permulaan Liga Super apabila mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas Pahang di Stadium Darul Makmur untuk berada di tangga kedua di belakang Kelantan, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah kepada lima perlawanan.

Gandingan Muhammad Syafiq Jamal dan Akmal Rizal Rakhli menjadi duri dalam daging kepada pertahanan lawan apabila masing-masing menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama.

Syafiq yang juga bekas penyerang Kedah membuka tirai jaringan skuad Seladang pada minit ke-22, melalui sepakan jarak jauh dari luar kotak penalti selepas tidak dikawal oleh pertahanan Pahang.

Akmal terus membuktikan bisanya bersama Perak apabila berjaya meraih gol ketiga peribadi musim ini selepas meletakkan skuad pelawat 2-0 pada minit ke-45, ekoran situasi kelam kabut di hadapan pintu gol Pahang.

Di Stadium Shah Alam, Harimau Muda A sekadar seri 1-1 dengan Felda United dalam perlawanan yang berlangsung hambar pada separuh masa pertama.
Bintang skuad Olimpik, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang dimasukkan oleh Ong Kim Swee bagi menggantikan K. Ravindran pada separuh masa kedua, terus memberikan impak apabila rembatan kaki kirinya menemui sasaran untuk gol pertama Harimau Muda A pada minit ke-46.

Namun, Felda tidak mengaku kalah dengan jaringan pendahuluan itu, sebaliknya terus mengasak dalam usaha mencari gol penyamaan dan hasilnya menjelma pada minit ke-67 apabila S. Sivanesan menjatuhkan Farderin Kadir di dalam kotak penalti.

Pengadil perlawanan tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada Felda yang tenang disempurnakan oleh Liew Kit Kong bagi mengikat keputusan 1-1.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan bangkit daripada kekalahan dua kali berturut-turut dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sabah, hasil jaringan Hairuddin Omar pada minit ke-76.

Johor FC pula berjaya menyekat Selangor daripada meraih kemenangan apabila seri tanpa jaringan di Stadium JCorp yang menyaksikan skuad bimbingan K. Devan itu jatuh ke tangga keenam dengan lapan mata dipintas oleh Negeri Sembilan.

T-Team akhirnya menemui kemenangan pertama selepas lima perlawanan apabila membenam pasukan tercorot liga, Perlis 3-0 di Stadium Utama, Kangar.

Khairul Izwan Khalid meledak dua gol pada minit ke-3 dan 58, satu lagi gol disumbangkan oleh Muhd. Badrul Hisani hasil umpanan Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-10.

PEMAIN Harimau Muda A, Mohd. Irfan Fazail (kiri) diasak pemain Felda United, Muhd Lot Abu Hassan pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, semalam. - MINGGUAN/Hafiz Johari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...