Friday, February 18, 2011

T-Team kena potong gaji jika kalah

“MENANG perlawanan Piala FA malam ini atau kena potong gaji,” itulah ingatan keras pengurus skuad T-Team, Rozi Mamat yang nampak hilang sabar dengan barisan skuad kendalian Yunus Alif yang sehingga kini gagal mencipta kemenangan dalam pentas Liga M.


Lebih mendukacitakan, dalam empat perlawanan terdahulu, skuad T-Team nampak longlai dan hanya berupaya menjaringkan dua gol ketika tunduk 1-3 kepada skuad Harimau Muda A dan Negeri Sembilan juga dengan jaringan sama.

Menurut Rozi, pengurusan terpaksa bertindak tegas demi kemajuan pasukan dan jika pemain gagal bangkit dengan aksi kemenangan, pengurusan T-Team tidak teragak-agak memotong gaji pemain yang gagal menggalas tugas seperti diharapkan.


“Ingatan potongan gaji ini bukan omong kosong, pemain sudah dimaklumkan sejak dari awal lagi iaitu sebelum bermula Liga MPemain tidak boleh menyalahkan pengurusan jika ia berlaku walaupun tidak disukai pemain,” katanya.

Sebelum ini, skuad T-Team yang membariskan ramai pemain dilabel berstatus bintang, termasuk tiga pemain kontroversi, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nor Farhan Muhamad dan Azizi Matt Rose serta bekas perancang Terengganu Zairol Anuar Zailani dan penyerang Mohd Haris Safwan, gagal menyinar selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut termasuk terbaru dengan Pahang 0-1, Selasa lalu.


Prestasi merudum pasukan berstatus kelab dari Terengganu itu dipandang serius kerajaan negeri yang mengikuti perkembangan pasukan selain memanggil pemain dan jurulatih selepas pertemuan dengan juara Piala Malaysia tahun lalu.


Menurut Rozi, sebelum ini dia sudah memanggil pemain dan jurulatih bagi mendengar sendiri pandangan mereka selain berbincang mengenai prestasi pasukan yang semakin tercalar walaupun dibarisi ramai pemain berpengalaman.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...