Saturday, February 19, 2011

Norizan gusar kemampuan PDRM jadi ‘penakluk gergasi’

ATAS kertas, Perak sepatutnya tidak mempunyai masalah melepasi pusingan pertama Piala FA malam ini.


Begitupun ketua jurulatih Perak, Norizan Bakar tetap menghormati lawan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan kalah mati itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

“Tiada yang pasti dalam bola sepak. Macam-macam boleh berlaku. Pemain tidak boleh bersikap terlalu yakin. Dalam saingan kalah mati seperti ini kejutan boleh berlaku.




“Setiap pasukan hanya ada satu peluang di pusingan awal. Jika kalah akan terus tersingkir. Pemain tidak boleh biarkan perkara ini berlaku,” katanya.

Mengakui tidak mengetahui kemampuan PDRM, Norizan berkata, ia alasan kukuh untuk beliau menyediakan anak buahnya supaya berada pada tahap terbaik bagi menghadapi perlawanan ini.


“Kami perlu berada pada tahap terbaik kerana pasukan kerdil sering mampu menjadi ‘penakluk gergasi’. Pemain perlu kuat dari segi mental dan fizikal untuk menangani suasana perlawanan yang sudah pasti mencabar,” katanya.




Norizan yang lebih terkenal dengan panggilan Cikgu Jan berharap anak buahnya bermain mengikut kemampuan sebenar agar tidak menjejaskan impian untuk meneruskan kemaraan.

Lebih penting, beliau mengingatkan pemain mengelak melakukan kesilapan serta menggunakan peluang diperoleh menghasilkan gol.



“Saya harap jentera serangan kami menyengat. Bola sepak ialah mengenai menjaring gol. Jika tidak menjaringkan gol bagaimana hendak menang perlawanan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...