Saturday, February 19, 2011

Gary tuntut anak didik pamer keupayaan sebenar

PENGENDALI Sabah, Gary Phillips Michael tiada pilihan kecuali memberi amaran kepada pemainnya supaya beraksi pada tahap keupayaan sebenar apabila berdepan Pahang dalam saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Darulmakmur di Kuantan malam ini. 

Ketua jurulatih dan pengurus Sabah Hawk itu berkata, tahap persembahan tidak konsisten dalam perlawanan Liga Super apabila tewas tipis 0-1 kepada Johor FC selepas menang 1-0 ke atas Kedah baru-baru ini, wajar dijadikan pedoman.



“Pemain perlu bermain dengan lebih bersungguh-sungguh dan memastikan semangat mereka kembali meningkat apabila bertemu Pahang yang mendapat kelebihan sokongan peminat sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, bermain di depan penyokong lawan pasti membuatkan anak buahnya tertekan dan dia mahu setiap pemain bijak menangani situasi sukar itu dan menguasai setiap aspek permainan di dalam padang. 

“Saya gembira jika mereka mampu melakukan keajaiban di tempat lawan,” katanya sambil mengakui pertemuan dengan skuad bimbingan Dollah Saleh itu dijangka hebat sekalipun kehilangan dua tonggak pertahanan, M Sivakumar dan Mohd Suffian Ibrahim yang cedera. 

Katanya, benteng pertahanan Sabah yang dikawal penjaga gol, Azizon Abdul Kadir bersama pertahanan, Mohd Reithuddin Abang Emran, Mafry Balang dan Hariri Mohd Safii, juga perlu beraksi mantap sekiranya tidak mahu dibolosi. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...