KETUA Jurulatih Perak, Norizan Bakar mahu anak buahnya mengutip tiga mata penuh apabila melayan kunjungan Harimau Muda A, di Stadium Perak, malam esok.
Menurutnya, pemain juga perlu menggunakan kelebihan beraksi di lama sendiri seterusnya mengekalkan rekod tanpa kalah kepada enam perlawanan berturut-turut.
“Saya harap pemain yang diturunkan pada perlawanan itu nanti dapat mempamerkan prestasi baik seterusnya memenangi perlawanan terbabit.
“Saya juga berharap momentum yang ada pada pasukan ketika ini dapat diteruskan,” katanya.
Kelmarin, Perak mencatatkan kemenangan bergaya apabila menumpaskan Pahang 2-0 di Stadium Darul Makmur.
Gandingan Muhammad Syafiq Jamal dan Akmal Rizal Rakhli berjaya menghuru-harakan barisan pertahanan Tok Gajah apabila masing-masing menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama.
Syafiq yang juga bekas penyerang Kedah membuka tirai jaringan skuad Skor Yob Skor pada minit ke-22, sebelum Akmal meletakkan Perak di hadapan pada minit ke-45.
Dengan kemenangan itu, Perak berada di tangga kedua di belakang Kelantan, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah kepada lima perlawanan.
No comments:
Post a Comment