KETUA jurulatih Felda United, E Elavarasan menyifatkan kemenangan dicatat skuad bimbingannya ke atas Negeri Sembilan pada saingan Liga Super, malam kelmarin, amat membanggakan walaupun anak buahnya terpaksa beraksi 10 pemain selepas Mohd Badrul Azam diperintah keluar padang pada hujung babak pertama.
Menurutnya, kemenangan itu tidak dijangka kerana ia hadir pada saat akhir perlawanan menerusi jaringan Abd Ghani Abd Rahman pada minit ke-87 sekali gus menyerlahkan semangat dan kesungguhan pemain untuk memburu kemenangan.
“Walaupun menerima tentangan hebat pasukan tuan rumah, pemain tidak patah semangat sebaliknya terus berusaha mencari gol dan kemenangan ini amat bermakna dalam usaha memperkukuhkan kedudukan,” katanya.
Hasil kemenangan itu, Felda United kini berada di tangga kelima selepas mencatat dua kemenangan dan satu seri manakala Negeri Sembilan yang sebelum ini berada di tempat keempat turun ke tangga ketujuh.
Elavarasan mengaku kemenangan ke atas naib juara Piala Malaysia musim lalu itu mampu memberikan impak positif terhadap semangat dan keyakinan anak buahnya dalam mengharungi saingan liga yang semakin mencabar.
Beliau bagaimanapun perlu memperkemaskan lagi jentera pasukannya itu kerana masih terdapat beberapa kelemahan terutama di bahagian serangan selepas beberapa peluang di peringkat awal gagal dimanafaatkan.
ia memuji bahagian pertahanan yang berjaya memainkan peranan dengan berkesan apabila mantap mengekang asakan penyerang Negeri Sembilan yang diketuai pemain berpengalaman, Hairuddin Omar.
No comments:
Post a Comment