JURULATIH Pahang, Dollah Salleh mengakui skuad kendaliannya itu sudah mendapat semangat selepas ‘hilang’ hingga menjejaskan prestasi seperti yang dipersembahkan pada pertemuan dengan Harimau Muda A, 1 Februari lalu.
Menurutnya, semangat itu memang dinantikan bagi meneruskan misi menambah mata apabila bertemu Felda United di Stadium Darulmakmur, malam ini.
“Saya akui bimbang dengan prestasi merudum dipamerkan pemain menjelang perlawanan ketiga iaitu bertemu Felda United, esok. Namun, bersyukur kerana pemain mula menunjukkan perkembangan positif sejak kelmarin.
“Saya tidak tahu penyebab utama pemain gagal meneruskan rentak permainan yang diinginkan tetapi berterima kasih kerana mereka sudah kembali bersemangat,” katanya.
No comments:
Post a Comment