Friday, February 25, 2011

Kedah perlu manafaat kubu sendiri

TIGA mata penuh keutamaan pasukan Kedah bertemu Kelantan di Stadium Darulaman, malam ini kalau tidak mahu ketinggalan lebih jauh, tegas ketua jurulatih, Ahmad Yusoff.
Menurutnya, selepas empat perlawanan, Kedah hanya mampu mengutip lima mata dan itu tidak menunjukkan keupayaan sebenar pasukannya yang dibarisi tujuh pemain kebangsaan dan bakinya adalah bekas pemain negara.

“Kami berkemampuan untuk menandingi mana-mana pasukan tetapi kegagalan pemain beraksi pada tahap sebenar mengecewakan kita dalam usaha mencari mata penuh pada setiap perlawanan.


“Ketiadaan tiga tonggak utama, Amar Rohidan, Khyril Muhymeen Zambri dan Azlan Ismail yang terpaksa diketepikan kerana kecederaan dan demam campak, mengakibatkan kepincangan pada prestasi empat perlawanan lalu.

“Untuk itu berdepan Kelantan, Amar, Azlan dan Khyril akan berada dalam kesebelasan utama dan ini pasti memantapkan kembali pasukan,” kata Ahmad.


Katanya, kehadiran penyokong setia Hijau Kuning di Stadium Darulaman pasti membakar semangat pemain untuk mencatat kemenangan mutlak.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...