Thursday, February 17, 2011

Karathu puas hati

JUARA Piala Sumbangsih musim ini, Kelantan menarik nafas lega apabila menundukkan Kuala Lumpur walaupun beraksi di bawah kemampuan sebenar pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad IV, kelmarin.
Ketua jurulatih, Datuk M Karathu tetap puas hati apabila mengutip tiga mata meskipun anak buahnya tidak menampilkan persembahan sebenar.

Katanya, apa yang penting, pasukannya memperoleh tiga mata untuk menjamin kedudukan teratas carta Liga Super.


“Apa yang saya perhatikan, pemain kerap kehilangan bola terutama pada babak pertama.

“Pada separuh masa kedua, mereka mula mengatur serangan dan mampu mendapat dua gol walaupun sebenarnya kami mempunyai banyak peluang di depan gawang Kuala Lumpur,” katanya.


Bagi menghadapi perlawanan seterusnya, beliau akan berusaha mempertajamkan jentera serangan Kelantan yang dilihat masih tidak berupaya memanafaatkan peluang menjaringkan gol.




“Semua bahagian pasukan penting bagi mencapai kemenangan namun bahagian serangan akan diutamakan.

“Bagi saya, posisi serangan dan pertahanan perlu seiring bagi sesebuah pasukan. Saya tidak mahu serangan kita mampu menjaringkan gol, namun gagal bertahan baik setiap kali diserang lawan terutama serangan balas,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...