Tuesday, February 15, 2011

PKNS makin selesa terajui Liga Perdana

PENDAHULU awal musim, PKNS mengekalkan rekod 100 peratus dengan meraih kemenangan ketiga daripada jumlah perlawanan sama untuk menerajui Liga Perdana selepas merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Polis, malam tadi. 

Ketika perlawanan dilihat akan berakhir seri tanpa jaringan, pemenang Kasut Emas musim lalu, Muhd Zamri Hassan muncul wira apabila menanduk masuk hantaran lintang Muhd Khairu Azrin sembilan minit sebelum tamat.


Sarawak meneruskan prestasi membanggakan apabila meraih kemenangan kedua untuk naik satu anak tangga ke tempat kedua, dengan keputusan 3-0 ke atas SDM Navy menerusi jaringan Zamri Morshidi, minit ke-8 dan Bobby Gonzales (m-43 dan 90).
  • Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Tentera menghampiri pendahulu apabila menewaskan USM FC 2-1 hasil jaringan V Jaganathan dan Venice Elphi pada minit ke-23 dan 90. S Thinagaran menjaring gol tunggal pasukan pelawat pada minit pertama separuh masa kedua. 

  • Di Stadium Larkin , Johor turut berada dalam kelompok yang mengejar, apabila meraih kemenangan 2-0 ke atas ‘adik’ Majlis Perbandaran Muar. Mohd Azuwad Mohd Arip meletakkan Johor di depan pada minit ke-56 apabila menyempurnakan hantaran lintang Mohd Alif Mohd Yusof dengan pemain gantian, Muhamad Fahian Roslan mengesahkan tiga mata penuh pada minit ke-77. 

  • Di Stadium Batu Kawan, pendatang baru Liga Perdana, Sime Darby FC merakam kemenangan pertama musim ini apabila menewaskan Pulau Pinang 3-2. 
  • No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...