Friday, February 25, 2011

NS tagih sentuhan Fakhri

SELEPAS kurang menyerlah dalam tiga daripada empat perlawanan sebelum ini, kelincahan dan kewibawaan penyerang kebangsaan, Ahmad Fakhri Saarani  ditagih Negeri Sembilan apabila pasukan itu turun menentang Sabah dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.
Bekas pemain Perlis itu yang tidak beraksi pada pertemuan menentang Felda United minggu lalu, bakal menjadi sandaran dalam misi Negeri Sembilan mengembalikan semula reputasi yang tercalar.

Pemain berusia 22 tahun itu yang kini bersama skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee bagi menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012, diyakini mampu menjadi pencetus kebangkitan Negeri Sembilan dalam memburu kemenangan.


Ahmad Fakhri dikatakan sudah kembali mempamerkan persembahan membanggakan termasuk menemui sentuhan jaringan ketika bersama skuad kebangsaan dan dia dijangka bakal mengakhiri kemarau jaringan dalam saingan liga ketika turun menentang Sabah.

Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan mengakui kemampuan dan ketangkasan Ahmad Fakhri amat ditagih untuk membantu pasukan yang mengharapkan kemenangan.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...