Sunday, February 13, 2011

Irfan puji aksi anak didik

JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim memuji anak buahnya kerana beraksi cemerlang sehingga mampu membawa pulang tiga mata penuh ketika bertemu Perlis di Stadium Utama Kangar, kelmarin. 

Irfan Bakti berkata, kemenangan itu hasil gandingan mantap barisan serangan, tengah dan pertahanan sehingga tuan rumah terpaksa berputih mata di depan penyokong setia Singa Utara yang mengharapkan mata pertama musim ini.


Bekas jurulatih Perlis itu mengakui, kehadiran semula Abdul Manaf Mamat di barisan serangan untuk bergandingan dengan Abdul Hadi Yahya, terbukti berkesan sehingga barisan pertahanan Perlis sering kucar-kacir lantas memudahkan tugas menjaringkan gol.
“Dua gol dalam separuh masa pertama menerusi Hadi dan selang dua minit kemudian Ashaari Shamsuddin menyebabkan pemain tuan rumah hilang semangat dan terpaksa akur dengan kekuatan Terengganu,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Irfan Bakti berkata, Terengganu seharusnya mampu menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol lagi menerusi percubaan Ashaari dan ketua pasukan, Marzuki Yusof tetapi kecekapan penjaga gawang Perlis menafikan pesta gol di Kangar. 

Terengganu kini mengumpul lima mata hasil satu kemenangan dan dua kali seri. 
“Kemenangan ini sudah pasti menyuntik semangat kepada kami untuk bertemu Selangor di Stadium Shah Alam, Selasa ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...