Wednesday, February 16, 2011

Anak didik Kim Swee kurang bisa

AGAK membimbangkan apabila barisan pemain harapan Ong Kim Swee yang bakal berdepan skuad Pakistan dalam saingan kelayakan Olimpik, hujung bulan ini hanya mampu seri 1-1 dengan pasukan tercorot Liga Super, Perlis dalam saingan di Stadium MBPJ, malam tadi. 

Namun, ketiadaan tonggak utama di barisan depan antara punca Harimau Muda A gagal menghasilkan percubaan berbisa seperti ditampilkan pada dua perlawanan sebelum ini selepas Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Azwari Ibrahim mengutip kecederaan.



Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, pasukan pelawat membuka jaringan pada minit ke-74 menerusi Mohd Faiz Subri yang merembat kencang ke arah gawang Harimau Muda A dan gagal diselamatkan Mohd Zamir Selamat.
Tersentak, skuad Olimpik negara bangkit mencari gol penyamaan dan berjaya menerusi Gary Steven Robbat di minit terakhir permainan selepas pemain Perlis, Muhammad Munawwar Shavukah Ali dan Mohd Sany Mat Isa dilayangkan kad merah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...