Friday, February 18, 2011

Kim Swee getir

IDAK mahu mengambil risiko, jurulatih Ong Kim Swee bersedia melakukan rombakan besar-besaran kesebelasan utama skuad Harimau Muda A bagi menghadapi perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang pasukan Liga Perdana, SDM Navy di Stadium Shah Alam, malam ini.
Ini kerana beliau mahu memastikan barisan utamanya berada di tahap terbaik untuk berdepan Pakistan dalam perlawanan pertama kelayakan Sukan Olimpik London 2012 di gelanggang sama, Rabu ini.

“Kita kena faham yang mana satu perlu diberi keutamaan tapi itu bukan bermakna kami tidak mahu bersaing dalam Piala FA ataupun memandang mudah pasukan lawan. “Perlawanan kelayakan Olimpik lebih penting dan masa yang ada ini saya mahu gunakan untuk mengadakan latihan bersama pemain baru dipanggil dengan pemain sedia ada.


“Saya mempunyai 30 pemain dan sekarang sudah kehilangan dua penyerang yang cedera. “Mungkin saya turunkan pemain yang belum beraksi sebelum ini dan mengekalkan tiga atau empat pemain utama dalam skuad.

“Mereka yang akan diturunkan pada perlawanan esok (hari ini) perlu menggunakan peluang sebaik mungkin jika mahu mendapat tempat dalam skuad Olimpik,” katanya.


Berdepan jadual padat apabila terpaksa mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh sembilan hari, Kim Swee mahu mengambil pendekatan lebih berhati-hati bagi mengelak pemain mengalami kecederaan dan keletihan.




Kebimbangan yang menghantuinya ketika ini adalah barisan serangan tumpul akibat ketiadaan dua penyerang utama, Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Azwari Ibrahim yang terpaksa direhatkan akibat kecederaan.

Ini memaksa jurulatih negara memanggil tiga penyerang Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Ahmad Shakir Ali dan Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah) menjalani latihan pusat bersama skuad Olimpik bermula Rabu lalu bagi persediaan menghadapi Pakistan.



Selain itu, skuad negara turut diperkuat kehadiran penjaga gol senior Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) dan dua pemain Harimau Muda B, Muhammad Nazmi Faiz dan D Saarvindran.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...