KUALA LUMPUR 26 Feb. - Perak terus merapatkan kedudukan apabila berkongsi 11 mata dengan pendahulu takhta Liga Super Kelantan setelah menumpaskan Pahang 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.
Beraksi di hadapan penyokong tuan rumah, skuad bimbingan Norizan Bakar itu nyata tidak mensia-siakan peluangnya bertandang ke tempat lawan apabila Muhammad Shafiq Jamal membuka tirai jaringan pada minit ke-22 dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli seterusnya menjaringkan gol kedua pada minit ke-44 untuk mengutip tiga mata penuh di tempat lawan.
Kelantan mendahului di tempat teratas dengan 10 gol berbanding Perak yang menjaringkan 6 gol kini.
Di Kuala Terengganu, T-Team mencatat kemenangan pertama setelah menang selesa 3-0 kalahkan Perlis di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. - Bernama
No comments:
Post a Comment