SAFEE Sali (tengah) cuba menanduk bola sambil dihalang pemain Kuala Lumpur, di Shah Alam, malam tadi. |
KELANTAN merampas kedudukan teratas Liga Super daripada Negeri Sembilan selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menundukkan Johor FC 4-1 di Stadium Sultan Mohamad IV tatkala Negeri Sembilan tersungkur 2-0 di tangan Perak.
Johor FC membuka jaringan menerusi Mohd Riduwan Maon pada minit ke-25, tetapi tuan rumah menyamakan kedudukan hasil jaringan Nurul Azwan Roya empat minit kemudian.
Anak buah M Karathu tampil garang pada babak kedua untuk menambah tiga gol lagi menerusi gol sendiri Mohd Riduwan (m51), disusuli Norshahrul Idlan Talaha (73) dan Nizad Ayub (79).
Di Stadium Perak di Ipoh, tuan rumah menamatkan rekod dua kemenangan berturut-turut Negeri Sembilan apabila sepakan penalti Shahrul Nizam Mustapha pada minit ke-52 dan gol Akmal Rizal Rakhli (65) memberikan kemenangan 2-0 kepada Perak.
Di Stadium Shah Alam, Kuala Lumpur merencatkan sambutan keraian istimewa buat Safee Sali yang membuat penampilan terakhir untuk Selangor, apabila mengikat juara liga itu 1-1.
Sebaliknya Fadzli Saari mencuri tumpuan dengan gol pertamanya untuk Selangor musim ini hasil tandukan minit ke-17 selepas menerima umpanan lintang Amri Yahyah tetapi Kuala Lumpur menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras Azwan Abd Malek pada minit ke-53.
Di Stadium Likas, Sabah merakam kemenangan pertama dengan menewaskan Kedah 1-0 hasil jaringan Mohd Farid Ideris pada minit ke-26.
Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Harimau Muda A meneruskan rentak kemenangan bergaya pada penampilan musim pertama kancah Liga Super apabila membelasah T-Team 3-1.
Di Stadium Darulmakmur, Kuantan, FELDA United FC yang terdesak memburu kemenangan pertama bagi merealisasikan impian menghuni kelompok empat teratas musim pertama Liga Super menundukkan Pahang 2-1.
Anak buah M Karathu tampil garang pada babak kedua untuk menambah tiga gol lagi menerusi gol sendiri Mohd Riduwan (m51), disusuli Norshahrul Idlan Talaha (73) dan Nizad Ayub (79).
Sebaliknya Fadzli Saari mencuri tumpuan dengan gol pertamanya untuk Selangor musim ini hasil tandukan minit ke-17 selepas menerima umpanan lintang Amri Yahyah tetapi Kuala Lumpur menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras Azwan Abd Malek pada minit ke-53.
No comments:
Post a Comment