Menurut bekas pemain kebangsaan itu, corak permainan skuad kendaliannya itu tidak menepati keinginannya terutama dari segi ketahanan mental.
“Seperti dipersembahkan pada perlawanan dengan Sabah malam tadi (kelmarin, biarpun menang 2-1), pemain seakan hilang tumpuan selepas mendahului lawan dan mereka dilihat tidak mampu beraksi sepanjang tempoh 90 minit.“Saya harap pada perlawanan selepas ini, pemain dapat mengawal permainan dengan baik bukan dalam tempoh tertentu, sebaliknya sehingga wisel penamat,” katanya semalam.
Pada perlawanan kelmarin, dua gol Pahang, masing-masing dijaringkan R Surendran dan R Karthigesu pada minit ke-57 dan 67 manakala gol tunggal Sabah pada minit ke-70.
Pada perlawanan kelmarin, dua gol Pahang, masing-masing dijaringkan R Surendran dan R Karthigesu pada minit ke-57 dan 67 manakala gol tunggal Sabah pada minit ke-70.
No comments:
Post a Comment