Sunday, February 20, 2011

FELDA United lebur ego Perlis

Empat pasukan negeri, 6 kelab mara ke pusingan kedua Piala FA

BERAKSI hampir keseluruhan dengan 10 pemain, pendatang baru Liga Super, FELDA United enggan mengaku kalah sebaliknya tampil berani menyingkirkan Perlis 2-0 pada pusingan pertama Piala FA malam tadi di Stadium Utama Negeri, Kangar. 

Rashid Mamud dan Muhamad Zamri Chin muncul wira buat barisan bimbingan E Elavarasan yang beraksi kurang satu pemain selepas Khairul Anuar Jamil dibuang padang pada minit kelima, apabila masing-masing meledak gol pada minit ke-55 dan 90.



Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, Johor FC menewaskan KL SPA 5-0 hasil jaringan babak pertama Shahrizal Saad (m8) dan Hamzani Omar (m24) serta menambah tiga gol lagi pada babak kedua menerusi Shahrizal (m64), Mohd Syafuan Ridwan (m72) dan Mohd Rashid Aya (m87).
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Perak menempah tempat ke pusingan seterusnya apabila menundukkan Polis 4-1 hasil jaringan Akmal Rizal Rakhli (m4), Sharulnizam Mustapha (m31), Mohd Shafiq Jamal (50) dan Razali Umar Kandasamy (m89) manakala gol tunggal Polis dijaringkan Khairul Izuan Abdullah (m59) 

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, pendahulu Liga Perdana PKNS turut mara ke pusingan kedua selepas menyingkirkan MP Muar 5-0. 

Di Stadium Darulmakmur, Kuantan, tuan rumah Pahang memusnahkan harapan Sabah dengan kemenangan 2-1. 

Di Stadium Olahraga, Pulau Pinang, Terengganu menang tipis 2-1 ke atas USM FC, hasil jaringan Mohd Zarip Hasna (m19) dan Abdul Hadi Yahya (m43) manakala Mohd Baser Napiee (m57) merapatkan jurang buat tuan rumah. 
Di Padang Kompleks Nusa Mutiara, Johor, Harimau Muda B mengiringi pasukan lebih senior apabila menewaskan Melodi Jaya 4-0. 

Di Stadium MP Selayang, Tentera mengatasi Sarawak 2-0 hasil jaringan Mohd Fauzi Kasim (m49) dan sepakan penalti A Jaganathan (m86). 

Di Stadium Batu Kawan, Johor menjaringkan empat gol pada babak kedua ketika membelasah Pulau Pinang 5-1. 

Di Stadium Hang Tuah, Sime Darby FC menang 5-0 ke atas Melaka.



 PENJAGA gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein  menumbuk bola menyelamatkan gawang daripada dibolosi pemain Pahang pada perlawanan Piala FA pusingan pertama di Stadium Darulmakmur Kuantan, malam tadi.
PENJAGA gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein menumbuk bola menyelamatkan gawang daripada dibolosi pemain Pahang pada perlawanan Piala FA pusingan pertama di Stadium Darulmakmur Kuantan, malam tadi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...