Saturday, February 19, 2011

Piala FA 2011: Perlis sia-siakan kelebihan

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Perlis mensia-siakan dua kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dan menentang 10 pemain lawan ketika tersingkir daripada saingan Piala FA 2011selepas tunduk kepada pasukan berstatus kelab, Felda United 0-2 di Stadium Utama Kangar.

Jaringan Rashid Mahmud pada minit ke-55 dan Muhamad Zamri Chin, minit ke-90 mengesahkan kemenangan juara Liga Per dana 2010, Felda United biarpun seketika laluan mereka tampak sukar apabila terpaksa mengharungi 86 minit permainan dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Mohd. Khairul Anuar Jamil dibuang padang di minit keempat. - Utusan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...