Thursday, February 17, 2011

Dollah lega Pahang menang

TIGA mata yang diraih selepas menewaskan T-Team, 1-0, kelmarin, melegakan skuad kendalian Dollah Salleh selepas tewas dua perlawanan berturut-turut pada saingan Liga Super.
Pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh berkata, kemenangan itu dinantikan selepas tunduk 1-2 kepada Harimau Muda A dan Felda United dengan keputusan sama.

Menurutnya, kejayaan itu juga mengembalikan momentum pasukan yang terjejas dan memberi gambaran pemain sudah menemui rentak permainan diinginkan.


“Oleh itu, saya harap pemain dapat mengekalkan prestasi mereka kerana dua perlawanan selepas ini di Kuantan,” katanya.

Mengulas corak permainan kelmarin, beliau puas hati dengan komitmen pemain biarpun banyak peluang dilepaskan untuk menambah jaringan.


“Namun, saya gembira kerana moral pemain kembali meningkat yang pasti membantu memperkemaskan lagi jentera pasukan,” katanya.



Pada perlawanan itu, gol tunggal Pahang dijaringkan Mohd Zaiza Zainal Abidin seawal minit ketiga.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...