Friday, February 25, 2011

Misi Amar pastikan Kelantan merana

AMAR Rohidan berhajat membalas jasa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan mahu memulakan misi dengan membantu Hijau Kuning mengatasi Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman, malam ini. 

Pemain skuad Harimau Malaya itu hanya beraksi 30 minit selepas Kedah mengharungi empat perlawanan gara-gara demam campak seminggu sebelum kancah Liga Malaysia bermula.

“Saya sudah tidak sabar untuk beraksi semula membantu Kedah mengatasi Kelantan esok (malam ini) selepas kami hanya berjaya berjaya mengutip lima mata sahaja ketika ini.


“Perlawanan esok amat penting untuk memastikan Kedah tidak ketinggalan jauh dengan pendahulu liga. Saya tidak ada masalah beraksi bersama rakan sepasukan lain kerana tujuh daripada mereka adalah pemain skuad negara yang menjuarai Piala Suzuki AFF dan baki adalah bekas pemain kebangsaan berpengalaman,” katanya, semalam. 

Katanya, dia memang kecewa selepas gagal beraksi sejak liga bermula tetapi tidak ada apa yang dapat dilakukannya selepas dijangkiti demam campak dan terpaksa diketepikan ketua jurulatih, Ahmad Yusoff. 

“Percayalah....barisan pemain kami mampu menandingi mana-mana pasukan elit dalam Liga Super. Cuma kehambaran dalam penyudahan mengecewakan. 

“Saya tidak mahu mengecewakan jurulatih dan pasukan jika disenaraikan dalam kesebelasan nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...