Thursday, February 17, 2011

Elavarasan kagum aksi pemain

KETUA jurulatih FELDA United, E Elavarasan menyifatkan kemenangan dicatat skuad bimbingannya ke atas Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super, malam kelmarin sebagai sesuatu yang amat membanggakan walaupun anak buahnya terpaksa beraksi 10 pemain selepas Mohd Badrul Azam diperintah keluar padang pada penghujung babak pertama. 

Menurutnya, kemenangan itu memang tidak dijangka kerana ia hadir pada saat-saat akhir perlawanan menerusi jaringan Abd Ghani Abd Rahman pada minit ke-87 - sekali gus menyerlahkan semangat dan kesungguhan pemain memburu kemenangan.



“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemain kerana tidak berputus asa sebaliknya terus berusaha mempertahankan kedudukan pasukan sehingga ke penghujung saingan serta bijak memanfaatkan peluang jaringan.
“Walaupun menerima tentangan hebat daripada pasukan tuan rumah, namun pemain saya tidak patah semangat sebaliknya terus berusaha mencari gol dan kemenangan ini amat bermakna dalam usaha kita mengukuhkan kedudukan dalam carta liga,” katanya. 

Berikutan kemenangan itu, FELDA United kini berada di tangga kelima hasil dua kemenangan dan satu seri manakala Negeri Sembilan yang sebelum ini berada di tempat keempat turun ke tangga ketujuh. 

Elavarasan mengakui kemenangan ke atas naib juara Piala Malaysia musim lalu itu, mampu memberi impak positif terhadap semangat dan keyakinan anak buahnya dalam mengharungi saingan liga yang semakin mencabar. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...