Saturday, February 26, 2011

Tagih bisa Surendran

SENTUHAN penyudah lebih berbisa daripada R Surendran ditagih skuad Pahang bukan saja pada saingan Liga Super malah Piala FA dalam usaha mencipta gemilang buat skuad kendalian Dollah Salleh itu.


Pengalaman beraksi bersama Selangor dan kebolehan menjaringkan gol diharap mampu melakar kejayaan bagi membuktikan Surendran masih bernafsu.

Pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh berkata, Pahang mengharapkan sentuhan Surendran memandangkan skuad itu ketandusan penyerang berbisa.


Menurutnya, Surendran perlu membuktikan pilihan jurulatih tepat untuk membantu menajamkan jentera serangan Pahang.

“Oleh itu, keserasian amat ditagih untuk meletakkan Pahang berada pada prestasi membanggakan kerana barisan tengah dan pertahanan menunjukkan perkembangan positif,” katanya.


Mengulas prestasi Pahang, Che Nasir berkata, masih terlalu awal untuk memberi gambaran sebenar selepas mencatat dua kemenangan dan dua seri.




Menurutnya, keputusan itu tidak membabitkan perlawanan dengan Sabah apabila Pahang berjaya melangkah ke pusingan kedua Piala FA.

“Saya yakin Pahang akan mencatat kejayaan musim ini dan prestasi pada beberapa perlawanan lalu mampu memberi kekuatan kepada pemain.



“Oleh itu, pertemuan dengan Perak esok (malam ini) diharap terus memihak Pahang bagi menambah pungutan mata,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...