Saturday, February 19, 2011

Pahang idam kemenangan selesa

KEMENANGAN selesa menjadi agenda utama skuad Pahang apabila melayan kunjungan Sabah pada perlawanan pertama pusingan pertama Piala FA di Stadium Darulmakmur, malam ini.
Kapten Pahang, Jalaluddin Jaafar berkata, kemenangan itu penting bagi menghidupkan peluang skuadnya mara ke pusingan kedua piala berprestij itu.

Menurutnya, dengan prestasi dan komitmen pemain yang kian meningkat, kejayaan menundukkan negeri di bawah bayu itu mampu meletakkan Pahang pada landasan terbaik.


“Saya harap rakan sepasukan bermain dengan baik dan memanafaatkan segala peluang yang ada terutama beraksi di gelanggang sendiri.

“Saya percaya kami akan menang biarpun Sabah pasti berusaha melakar kemenangan atau sekurang-kurangnya seri.


“Namun, sebagai pemain, saya akan pastikan gawang tidak dibolosi bagi melangkah ke pusingan seterusnya,” katanya semalam.




Skuad kendalian Dollah Salleh itu pernah mengucup piala berprestij itu pada 2006 selepas menewaskan Perlis 4-2 menerusi sepakan penalti.

Kejayaan itu adalah pencapaian terbaik Pahang selepas kali terakhir menjulang Piala Liga Super pada 2004.




Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Che Nasir Salleh mahu pemain tidak mempersia-siakan peluang apabila beraksi di gelanggang sendiri.

“Tiada yang mustahil memandangkan semua pemain sudah menemui rentak kemenangan.


“Kemenangan akan meletakkan Pahang pada kedudukan selesa,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...