Saturday, February 19, 2011

KL tak pandang rendah Pos Malaysia

SKUAD Kuala Lumpur menyimpan hasrat mengatasi pencapaian hanya ke pusingan kedua Piala FA musim lalu menjelang pertemuan dengan Pos Malaysia dalam saingan pusingan pertama Piala FA, di Stadium MP Selayang, petang esok. 

Ketua jurulatih Razip Ismail berkata, walaupun Pos Malaysia beraksi dalam Liga Perdana, skuad bimbingan Mohd Zan Mat Aris itu tampak seimbang dan mampu membuat kejutan.



Sehubungan itu, pemain Kuala Lumpur perlu bekerja keras dan tidak sesekali memandang rendah lawan itu sekiranya mahu mencatat kemenangan dalam perlawanan pusingan pertama itu.
“Tahun lalu kami setakat pusingan kedua saja dan kalau boleh kami mahu melangkah lebih jauh dalam saingan tahun ini,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...