Sunday, May 1, 2011

Kelantan kembali ke puncak

KELANTAN berjaya merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super 2011 daripada Selangor selepas membenam Kuala Lumpur 2-0 pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.
Skuad The Red Warriors itu melonjak ke tangga teratas liga setelah Selangor terikat 1-1 dengan Terengganu pada aksi malam kelmarin.
Jaringan daripada Badri Radzi pada minit ke-24 dan S. Chanturu (79) sudah cukup untuk meletakkan Kelantan di persada Liga Super dengan 33 mata, terikat dengan Red Giants namun memiliki kelebihan perbezaan jaringan.
Manakala Terengganu pula di tangga ketiga dengan 32 mata.
Sementara itu, Felda United pula mempamer kebangkitan luar biasa apabila berjaya mengikat Negeri Sembilan 2-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi biarpun ketinggalan 0-2 sehingga awal babak kedua.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team terpaksa berpuas hati dengan satu mata setelah diikat seri tanpa jaringan oleh Pahang.
Di Stadium Utama Negeri, Kangar pula menyaksikan Perlis tumpas 1-2 kepada Harimau Muda A.
Di Stadium JCorp, tuan rumah, Johor FC berjaya menewaskan Sabah 1-0 selepas pasukan pelawat terpaksa bermain dengan 10 orang.

BADRI (kiri) menjaringkan gol pembukaan Kelantan pada aksi menentang Kuala Lumpur di Kota Bharu malam tadi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...