BERIKUTAN prestasi disifatkan terburuk sepanjang kempen Liga Malaysia, musim ini, pengurusan skuad Perlis dijangka bakal melakukan rombakan besar selepas berakhir saingan Liga Super pada 6 Julai ini.
Perkara itu dibayangkan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim berikutan prestasi kurang memberangsangkan skuad itu yang menyaksikannya berada di tangga tercorot carta Liga Super, biarpun masih berbaki satu perlawanan.
Mantan Menteri Besar Perlis itu berkata, langkah itu tidak dapat dielakkan bagi memulih dan meletakkan kembali status Perlis selaku antara gergasi bola sepak di negara ini.“Selepas menyaksikan bekas juara dua kali Piala Malaysia itu sekadar mengekalkan kedudukan di tangga terbawah carta Liga Super, tindakan perlu dilakukan untuk menghadapi kempen Liga-M musim depan.
“Prestasi Perlis sepanjang kempen Liga-M musim ini memang di luar jangkaan apabila berada di tangga tercorot carta Liga Super selain gagal meneruskan perjuangan di pusingan kedua Piala FA,” katanya.
No comments:
Post a Comment