Tuesday, October 4, 2011

FAS mahu bajet lebih


PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) menaruh harapan menggunung kepada kerajaan negeri untuk menyediakan peruntukan lebih besar bagi membolehkan badan induk negeri itu menaikkan gaji pemain pada saingan Liga Super, musim depan.

Timbalan Presiden FAS, Mohd Abu Bakar Marzuki berkata, tahun ini persatuan menerima peruntukan RM2.5 juta daripada kerajaan negeri yang disalurkan melalui Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) bagi membiayai perbelanjaan pasukan sepanjang beraksi dalam Liga Malaysia.

Mohd Abu Bakar berkata, beliau percaya kerajaan negeri akan menambah peruntukan FAS musim depan memandangkan pasukan menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang musim ini sehingga layak ke Liga Super.


“Kami turut bergantung harap kepada syarikat korporat untuk turut serta menyalurkan sumbangan kepada persatuan,” katanya.

Mengenai gaji pemain, Abu Bakar berkata, FAS akan membayar mengikut struktur dalam Liga Super.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...