Sunday, October 16, 2011

Terengganu hebat: Annuar

THE Red Warriors akur dengan kehebatan musuh tradisinya Terengganu selepas hasrat juara bertahan itu mempertahankan kejuaraan terkandas di suku akhir apabila tewas dengan agregat 3-5 selepas suku akhir kedua Piala Malaysia 2011 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin. 

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, berkata Kelantan perlu menerima hakikat mereka gagal melangkah ke separuh akhir, sekali gus terlepas peluang mempertahankan trofi berprestij yang dimenangi julung kali tahun lalu.

Menurutnya, Kelantan perlu menghormati kemampuan Terengganu dan anak didik pengendali skuad Peteh, Irfan Bakti Abu Salim layak menerima penghormatan untuk ke peringkat seterusnya.
“Kita perlu menerima hakikat gagal ke separuh akhir dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada Terengganu. Kelantan sudah mencuba yang terbaik namun pihak lawan berjaya menghalang hasrat Kelantan, malah mereka (Terengganu) bermain dengan baik,” katanya selepas tamat perlawanan di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, kelmarin. 

Annuar berkata, pemain Kelantan perlu melupakan kekecewaan dan selaku pemain profesional, mereka perlu memikirkan perancangan untuk beraksi musim depan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...