Saturday, October 8, 2011

Kim Swee belum dapat 'ilham'




KIM SWEE (kiri) belum mendapat ilham siapa yang bakal diberi kepercayaan untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA di Jakarta, November depan.


MASIH terlalu awal buat pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Ong Kim Swee menentu- kan senarai akhir pemain bagi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, Indonesia, November depan.
Meskipun persembahan anak- anak buahnya terutama muka- muka baharu dilihat semakin serasi semasa menewaskan Selangor 4-2 dalam aksi persahabatan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang kelmarin, Kim Swee mengakui masih belum mendapat ‘ilham’ serta enggan terburu-buru membuat keputusan.
Menurut Kim Swee, senarai pemain itu hanya boleh diketahui se- baik aksi suku akhir Piala Malaysia berakhir, selain harus menunggu kepulangan semula 13 pemain dari Australia dan Slovakia nanti.
“Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan kesungguhan pemain yang cepat mempa- merkan keserasian meskipun baru seminggu berlatih bersama.
“Buat masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan siapa yang layak menyarung jersi kebangsaan di Sukan SEA mahupun di Hanoi (kejohanan jemputan) nanti,” katanya kepada Kosmo!
Dalam aksi kelmarin, gol-gol skuad B-23 negara dijaringkan oleh dua muka baharu iaitu D. Saarvindran dan See Kok Luen, manakala Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri masing-masing menyumbat satu gol, manakala dua gol sagu hati Selangor dijaringkan oleh Azidan Sarudin dan K. Depan Sakwati.
Selain berdepan misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi di temasya Sukan SEA Laos dua tahun lalu, anak-anak buah Kim Swee juga akan berlepas ke Hanoi bagi menyertai kejohanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) selama lima hari bermula 19 Oktober ini.
Selain itu, mereka juga membawa cabaran negara bagi aksi kelayakan pusingan akhir Olimpik 2012 Zon Asia Kumpulan C bersama Jepun, Bahrain dan Syria.
Antara khidmat pemain Kim Swee yang turut ditagih oleh skuad senior ketika ini termasuklah Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad dan Bad- drol Bakhtiar sementara tiga tonggak muda, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas pula masih lagi ‘berguru’ di Slova- kia selaku pemain pinjaman bersama ViOn Zlate Moravce.
Dalam pada itu, Kim Swee turut memberi amaran buat pemain sedia ada lantaran persembahan cemerlang beberapa muka baharu termasuk Kok Luen dan Saarvin- dran yang berjaya merobek gawang Gergasi Merah kelmarin.
“Justeru, pemain lama sepatutnya jangan cepat merasa selesa dalam pasukan kerana saya hanya memilih pemain yang terbaik,” katanya.
Ketika mengulas pandangan pakar dari Jepun mengenai kekura- ngan pasukannya termasuk kurang bekerjasama walaupun memiliki skil individu yang hebat seperti mana dilaporkan akhbar baru-baru ini, Kim Swee dengan tenang memberitahu beliau menghormati pendapat itu.
Namun, pada masa sama katanya, konsentrasi pemainnya tidak akan terjejas dengan komen- komen sebegitu, tambahan pula Jepun sememangnya berada di kelas berbeza berbanding skuad negara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...