Saturday, October 22, 2011

Butler ganti Karathu bimbing Kelantan?


KOTA BHARU - Kelantan bakal mendapat semula sentuhan bekas pengendali musim 2009, Peter James Butler selepas Datuk M. Karathu mengesahkan tidak akan membimbing Red Warriors musim hadapan.

Desas-desus kembalinya bekas perancangan tengah West Ham United dan West Bromwich Albion itu Kelantan sebagai jurulatih semakin diperkatakan.

Kehadiran semula jurulatih kelahiran Halifax, England itu dijangka memperkuatkan cabaran Kelantan dalam usaha mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala Sumbangsih, selain mengharungi cabaran pentas antarabangsa iaitu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim hadapan.

Menurut sumber, Butler dijangka melaporkan diri dalam masa terdekat.

Pengumuman mengenainya akan dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

"Kehadiran semula Butler mampu memperkuatkan Kelantan musim depan," katanya sumber tersebut kepada Utusan Malaysia, semalam.

Butler juga pernah mengendalikan Sabah pada musim 2002-2004.

Dia mengejutkan penyokong Kelantan pada 17 September 2009 apabila meninggalkan pasukan ketika kempen Piala Malaysia membuka tirai.

Sejurus meninggalkan Kelantan, Butler menyertai Yangoon FC di Myanmar selaku pengarah teknikal (2009-2010) sebelum berhijrah ke Bec Tero Sasana FC, Thailand pada 2010 hingga Jun 2011.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim ketika dihubungi enggan mengulas perkara tersebut sebaliknya menegaskan pengganti Karathu akan diumumkan sendiri oleh Annuar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...