Monday, October 10, 2011
Tiga tonggak sandaran Hoben Jang Hoben
GANDINGAN tiga serangkai, Hairuddin Omar, Mohd Firdaus Azizul dan Shahurain Abu Samah dijangka menjadi taruhan Negeri Sembilan dalam misi melakar kemenangan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Felda United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.
Shahurain yang setakat ini muncul penjaring terbanyak dengan empat gol mampu menggalas cabaran pasukan itu apabila mereka sudah membuktikan keserasian.
Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, tidak menolak kemungkinan membariskan pemain terbabit namun dengan tegas mahu setiap pemain memberikan persembahan cemerlang.
“Tanpa ketiadaan Ahmad Fakri Saarani, ketiga-tiga pemain ini antara sandaran utama pasukan, namun saya yakin mereka dan pemain lain mampu menggalas cabaran yang disandarkan. “Yang penting, pemain berusaha menterjemahkan segala perancangan dan bijak memanfaatkan setiap peluang jaringan selain tidak melakukan sebarang kesilapan mudah yang boleh mengundang padah,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment