Thursday, October 13, 2011

Bekas bintang negara soal status pengadil

INSIDEN dan drama 'Perang Timur' antara Kelantan dan Terengganu dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu - yang menyaksikan lima kad merah dan 13 kad kuning dilayang - perlu diselesaikan bagi mengelakkan kemeriahan Piala Malaysia terjejas. 

Tindakan ‘beremosi’ pengadil yang difahamkan bilangan kad paling banyak pernah dilayang dalam satu perlawanan Piala Malaysia sejak 1921 turut melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati dikalangan penggiat serta peminat bola sepak tempatan.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berpendapat seseorang pengadil itu perlu ‘penyelidikan awal’ berkaitan pasukan dan profil perlawanan sebelum turun menjalankan tugasan.
“Pengadil perlu pandai mengatasi situasi terutamanya apabila perlawanan membabitkan pasukan yang sentiasa mendapat perhatian ramai seperti Kelantan dan Terengganu. 

“Saya tidak menonton perlawanan itu dan saya tidak tahu mengenai kejadian itu tapi saya tidak mahu ia berterusan kerana tidak mahu ‘prestij’ bola sepak negara akan terjejas. Berdasarkan pengalaman saya, lima kad merah dalam satu perlawanan adalah sesuatu yang mengarut,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Sementara itu, Mat Zan Mat Aris mahu semua pengadil perlawanan saingan Liga Malaysia mempersiapkan diri dan perlu memastikan mereka betul-betul berkelayakan mengadili perlawanan. 

“Kita tahu FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) ada senarai pengadil bertauliah namun pengadil itu sendiri perlu pastikan mereka layak mengadili perlawanan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...