DUA posisi - bahagian serangan dan pertahanan Negeri Sembilan - ditegur keras bertindak pantas menyambar peluang dan usah leka sepanjang tempoh permainan menentang T-Team dalam saingan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, malam ini.
Tuntutan itu hadir daripada ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah yang mahu pemainnya bermain secara bijak kerana sedar sebarang kelekaan boleh menyentap cabaran mereka ketika mengidamkan tiket ke final pada 29 Oktober ini.
Dia beranggapan T-Team memiliki barisan penyerang mantap dan berpengalaman membabitkan gandingan Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mohammad dan Zairo Anuar Zailani yang mampu menjaringkan gol sekali pun daripada sudut sukar.
“Saya akur, pemain Negeri Sembilan ada tugas mencabar menentang T-Team esok (malam ini) kerana pasukan kelab itu ada kekuatan tersendiri terutama barisan penyerang berpengalaman.
“Saya arah pertahanan kita meningkatkan lagi kawalan menyekat setiap gerakan pemain lawan memastikan kita tidak melepaskan sebarang gol sepanjang perlawanan,” kata Azraai, semalam.
No comments:
Post a Comment