Saturday, October 8, 2011

Penyokong Kelantan akur saranan polis


KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) menyambut baik saranan pihak polis untuk menempatkan anggotanya dari pelbagai unit bagi meningkatkan tahap kese- lamatan sepanjang perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara penyandang juara, Kelantan yang akan bertemu Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Isnin ini, lapor YATIMIN ABDULLAH.
Presidennya Mohd. Khairi Yazid berkata, langkah tersebut wajar dilakukan untuk mengelakkan berlaku sebarang kejadian buruk memandangkan ia melibatkan pertembungan dua pasukan berjiran yang penuh dengan tradisi sejak dulu lagi.
"Pertembungan dua seteru berjiran ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan pasti akan menarik lebih ramai penyokong kedua-dua pasukan untuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan tersebut.
"Kami menyokong penuh tindakan pihak berkuasa untuk meningkatkan tahap kawalan sepanjang perlawanan berlangsung, termasuklah membuat pemeriksaan rapi pada badan dan beg setiap penyokong yang masuk untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
"Ini penting untuk memasti- kan perlawanan tersebut berlangsung dengan baik tanpa melibatkan sebarang kekacauan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peminat yang hadir untuk menyaksikan pertembungan sengit antara kedua-dua pasukan," katanya ketika dihubu- ngi Kosmo! di sini semalam.
Kosmo! kelmarin melaporkan, pertemuan dua seteru Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan pada suku akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Sultan Ismail Nasirruddin Shah, Kuala Terengganu, Isnin depan dijangka tegang.
Ekoran itu, pihak polis sudah bersedia untuk menempatkan anggotanya daripada pelbagai unit bagi meningkatkan kawalan keselamatan sebelum, semasa dan selepas perlawanan berlangsung.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa ketika dihubungi memberitahu, antara unit yang akan bertugas pada perlawanan itu ialah Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
"Ia bagi memastikan tiada kekacauan berlaku sepanjang perlawanan tersebut kerana kemungkinan berdepan dengan penyokong-penyokong yang ekstrem yang mungkin boleh menimbulkan kekecohan," katanya.
Sehubungan itu kelate.net menyeru penyokong setia Kelantan dan Terengganu memberikan kerjasama sewajarnya kepada pihak berkuasa dengan menjaga tatalusila untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
"Kita berharap semua pihak baik penyokong Kelantan mahupun Terengganu dapat menerima dengan hati terbuka arahan tersebut."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...