Thursday, October 20, 2011

Azmi bantu Devan julang Johor FC


AZMI Mohamed mengesahkan penghijrahannya ke Johor FC dan bakal bergandingan dengan bekas jurulatih Selangor, K Devan bagi membuat persiapan rapi kelab itu menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Bekas jurulatih Johor itu berkata, beliau melepaskan jawatan selaku pengendali skuad bergelar Jengking hasil persetujuan dengan pengurusan Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) dan tempatnya diganti K Sukumaran.

Katanya, tugas utamanya kini untuk membantu Devan membentuk barisan mantap skuad Lebah membuat persiapan awal menghadapi saingan Liga M yang lebih mencabar musim depan.


“Saya tidak kisah dari status jurulatih dan kini menjadi penolong kerana ingin bekerjasama dengan Devan yang saya anggap memiliki kelebihan dari aspek taktikal dan semestinya mahu mempelajari ilmu baru.

“Kemungkinan dua atau tiga pemain baru akan diserapkan di dalam skuad namun semuanya bergantung kepada perancangan pengurusan Johor FC untuk mencari pemain tempatan dan import berkualiti. “Saya akui tugas yang diberikan oleh pengurusan Johor FC jelas berat namun kehadiran Devan mampu membentuk barisan mantap dan kami akan berusaha merealisasikan impian Johor FC membawa pulang piala buat pasukan itu,” katanya.

Menurut Azmi, difahamkan semua pemain Johor FC kecuali kapten Rezal Zambery Yahya akan tamat kontrak hujung bulan ini dan belum ada kata putus mengenai pemain mana yang akan dikekalkan musim depan.

“Beri saya masa untuk menilai semua pemain kerana pemilihan rapi perlu dilaksanakan,” kata Azmi. untuk mencari kesesuaian taktikal selain pemain impot berkualiti dan bukan sekadar tangkap muat,” kata Azmi.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...