HAIRUUDDIN (jersi kuning) bagaikan terbang membolosi gawang T-Team, kelmarin.
TONGGAK Negeri Sembilan, Hairuddin Omar sudah mula ghairah mahu beraksi dalam final Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut selepas menyumbat dua gol, malam kelmarin.
Pada 2009 dia mewakili Negeri Sembilan manakala pada 2010 mewakili Kelantan dengan memenangi pingat kejuaraan pada kedua-dua edisi berkenaan.
Sekarang ini saya tidak mahu terlalu memikirkan untuk ke final tapi memberi fokus 100 peratus untuk perlawanan Sabtu ini di tempat sendiri.
Jika diikutkan, Negeri Sembilan sudah sebelah kaki untuk ke final tapi kita perlu sentiasa berwaspada kerana kita masih ada 90 minit dan bagi saya macam-macam boleh berlaku pada perlawanan kedua nanti, katanya.
Berpandu kepada jumlah jaringan perlawanan separuh akhir pertama, skuad Hoben Jang Hoben mungkin tidak berdepan sebarang masalah mengatasi kelab dari Pantai Timur itu dan mereka kini hampir pasti layak ke final buat kali ketiga berturut-turut.
Kita tidak boleh memandang rendah keupayaan T-Team dan perlu bermain berhabis-habisan bagi mempertahankan agregat jaringan gol pada perlawanan pertama.
No comments:
Post a Comment