Sunday, October 16, 2011

Maniam tetap diburu resah


Amri Yahyah
Amri Yahyah
Selangor ke separuh akhir tapi mungkin hilang sentuhan Amri 

SEDIKIT riak resah terbayang di wajah pengendali Selangor, P Maniam sebaik Merah Kuning memastikan tempat ke separuh akhir Piala Malaysia sesudah menyingkirkan Perak 1-0 menerusi agregat 4-1 di Ipoh, malam kelmarin.
Dalam memuji persembahan anak buahnya yang cekal bertahan ketika dilanda ombak serangan anak didik Norizan Bakar, Maniam resah memikirkan kapten Amri Yahyah yang terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan pada pertengahan babak pertama.
“Saya tidak tahu tahap kecederaan kaki kanan Amri dan perlu menunggu laporan doktor tetapi berharap ia tidak terlalu serius dan sempat sembuh untuk perlawanan separuh akhir nanti. Ini perlawanan yang sukar buat kami dan saya lega kami berjaya mengharunginya. 

“Perak bermain dengan bagus dan kami bernasib baik berjaya mempertahankan kubu daripada dibolosi,” katanya sejurus tamat permainan. 

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddn berpendapat pemain Seladang sudah mencuba sebaik mungkin dan tiada siapa harus dipersalahkan dalam kegagalan ke separuh akhir itu. 

“Kita kena terima keputusan ini,” katanya sambil membayangkan rombakan pasukan dalam usaha memantapkan skuad Perak untuk menghadapi cabaran musim depan, termasuk mendapatkan khidmat pemain import bertaraf pemain kebangsaan termasuk pemain import Guinea, Keita Mandjou.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...