Monday, October 17, 2011

'Perang saraf'


Irfan Bakti
Irfan Bakti
Irfan akan minta petua dari Yunus sekat Selangor 

MENJELANG ujian getir separuh akhir pertama, malam esok, Irfan Bakti sudah pun memulakan ‘perang psikologi’ betapa Selangor barisan harus digeruni.
Jurulatih kepada skuad yang menjuarai Piala FA itu melihat saingan di Stadium Shah Alam pasti akan memberi kelebihan kepada tuan rumah pimpinan P Maniam dan akur mereka harus memberi fokus 100 peratus ketika lawan ghairah mencari modal selesa.
“Saya akur Selangor bukan lawan mudah untuk ditewaskan di hadapan puluhan ribu penyokong setia mereka. Tapi anak buah saya boleh melakukan sesuatu menyekat mereka dan memburu kemenangan sama seperti menewaskan Kelantan,” katanya, semalam. 

Irfan juga turut berhajat ‘meminjam formula’ pasukan adik, T-Team kerana pasukan kelab itu sudah beberapa kali menewaskan Merah Kuning dalam saingan Liga Super dan peringkat kumpulan Piala Malaysia. 

Dia akan menghubungi Yunus Alif untuk meminta bantuan pada saat getir ini mendapatkan beberapa petua bagaimana mahu menumbangkan Selangor di laman lawan. 

Pengendali berpengalaman itu juga menegaskan trio penyerang Terengganu - Abdul Manaf Mamat, Ashari Samsudin dan Abdul Hadi Yahya bakal menjadi sandaran utama pasukan mencari gol di tempat lawan tapi percaya Selangor ada segala muslihat membendung mereka. 
Satu lagi saingan peringkat sama membabitkan T-Team menentang bekas juara, Negeri Sembilan di Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...