Thursday, October 13, 2011

Selangor tanpa Bunyamin





MESKIPUN tanpa khidmat pemain tengah, Mohd. Bunyamin Omar, persiapan Selangor tetap tidak terjejas menjelang aksi suku akhir kedua menentang Perak malam esok. Bunyamin sedang menjalani penggantungan perlawanan dan Selangor dilaporkan memiliki pengganti yang tidak kurang hebatnya bagi mengisi kekosongan tersebut.
Jurulatih Selangor, P. Maniam berkata, Bunyamin terpaksa diketepikan setelah menerima dua kad kuning pada suku akhir pertama yang menyaksikan Selangor mengalahkan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam pada Isnin lepas.
"Kita mungkin menggunakan khidmat sama ada Mohd. Hardi Jaafar, Mohd. Fazilidin Khalid ataupun Mohd. Fadzli Saari bagi menguatkan bahagian tengah kita," katanya semalam.

AMRI Yahyah (kiri) akan terus memainkan watak utama mengemudi jentera tengah Selangor pada aksi menentang Perak malam esok.


Maniam berkata, beliau akan mengekalkan hampir semua pemain yang beraksi pada suku akhir pertama.
"Saya yakin dengan pengalaman yang ada pada pemain seperti Mohd. Safiq Rahim dan Mohd. Amri Yahyah yang biasa beraksi di peringkat antarabangsa akan membolehkan Selangor menempah tempat ke separuh akhir nanti," katanya.
Pemenang perlawanan antara Selangor dan Perak akan bertemu dengan pemenang perlawanan antara Terengganu atau Kelantan di peringkat separuh akhir pertama pada 22 Oktober ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...