Thursday, October 6, 2011

Perak elak jadi mangsa Selangor


Aksi pemain Perak, Chan Wing Hoong (kanan) ketika perlawanan menentang Kedah pada saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia di Stadium Perak, baru-baru ini. - UTUSAN/Mohd. Najib Mohd. Nor

IPOH - Skuad Perak diingatkan agar tidak menjadi mangsa kebangkitan Selangor pada pertembungan suku akhir Piala Malaysia 10 dan 14 Oktober ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, pemain perlu mengikut strategi yang ditetapkan jurulatih Norizan Bakar.

"Sebarang kesilapan akan membawa padah kerana perlawanan yang bakal kita harungi kini memasuki peringkat kalah mati," katanya kelmarin.

Selangor mempamerkan kebangkitan di bawah jurulatih baru, P. Maniam yang mengambilalih tugas K. Devan yang meletakkan jawatan 21 September lalu.

Selangor juga semakin bersemangat untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33.

Perak menjuarai Piala Malaysia sebanyak tujuh kali iaitu pada 1926, 1931, 1957, 1967, 1970, 1998 dan 2000.

Zainol berkata, pada perlawanan suku akhir, Perak lebih selesa diletakkan sebagai pasukanunderdog walaupun memegang tidak kalah dalam saingan kumpulan.

Perak muncul juara Kumpulan A apabila memenangi empat perlawanan dan seri dua kali.

"Saya berharap pemain tidak leka dengan pencapaian peringkat kumpulan sehingga lupa pertembungan yang lebih mencabar pada 10 dan 14 Oktober nanti," jelasnya.

Katanya, pencapaian peringkat kumpulan tidak boleh dijadikan sandaran kerana pertarungan kalah mati berbeza.

"Sebagai usaha merangsang semangat pemain, mereka akan menerima bonus jika layak ke separuh akhir," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...