Saturday, October 8, 2011

Sarawak bakal kehilangan Bobby


KETIKA Sarawak membaik pulih reputasi sebagai pasukan baru dalam Liga Super, skuad Bujang Senang menerima tamparan hebat apabila kemungkinan besar kehilangan khidmat penyerang utama, Bobby Gonzales berikutan permintaan pemain kelahiran Sabah itu supaya dilepaskan.

Bobby yang muncul penjaring kedua terbanyak saingan Liga Perdana musim ini selepas meledak 16 gol mengikat kontrak dua tahun bersama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) namun dikhabarkan pemain berusia 27 tahun itu mahu dilepaskan daripada majikannya.

Ia dipercayai ada kaitan dengan senarai pemain yang dikeluarkan FAS baru-baru di mana kedudukan Bobby semakin tidak menentu apabila namanya tidak tersenarai dan pada masa sama, dia dilaporkan tidak digugurkan.


Situasi ini menyebabkan penyelesaian terbaik adalah dengan meminta keluar.

Namun, sehingga ini belum ada keputusan muktamad berhubung kedudukan pemain itu sama ada terus kekal bersama Sarawak musim depan atau sebaliknya.

Sementara itu, Timbalan Presiden FAS, Mohd Abu Bakar Marzuki berkata, setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat kerana pihaknya belum mengadakan perbincangan dengan Bobby.



Pemain itu sudah pun kembali ke Sabah sebaik Sarawak menamatkan saingan ketika kempen Piala Malaysia, baru-baru ini.

“Belum ada keputusan lagi tapi kami jangka ia bakal diketahui dalam tempoh terdekat.” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...