Tuesday, May 1, 2012
‘Misi menang di Alor Setar’
“MISI kita cukup jelas di Alor Setar, iaitu mahukan kemenangan. Kita datang untuk menang dan barisan pemain saya sudah bersedia melaksanakan misi itu,” kata ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak ketika mengulas pertemuan separuh akhir kedua Piala FA berdepan Kedah di Stadium Darul Aman, malam ini.
Pengendali berasal dari Croatia itu mahu barisan pemain The Red Warriors melakukan kejutan ketika bertandang ke tempat lawan dalam misi memburu slot ke final Piala FA musim ini.
Katanya, Kelantan tidak gentar berdepan skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan, meskipun kedua-dua pasukan itu terikat dengan keputusan 1-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada 21 April lalu.
“Saya tidak fikir Kedah mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri. Kami mahu tewaskan Kedah dalam tempoh 90 minit perlawanan,” katanya.
“Kami sudah bersedia melengkapkan misi mengulangi pencapaian mara ke final Piala FA,” katanya.
Hodak yang mengakui cabaran berat tetap menanti pasukannya ketika berdepan Kedah yang sudah tentu mendapat suntikan padu penyokong mereka, bagaimanapun beranggapan ia tidak akan menjejaskan tumpuan anak buahnya memburu kemenangan di tempat lawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment