Sunday, May 8, 2011

Khairul Akhyar mampu menggegar

PENGENDALI Selangor PKNS, Abdul Rahman Ibrahim percaya prestasi penyerangnya, Mohammad Khairul Akhyar Husain mampu menggegar walaupun masih baru dalam arena bola sepak tempatan. 

Menurutnya, Khairul masih belum mencapai tahap seperti diinginkan ke-rana masih menuntut di universiti tempatan dan perlu membahagikan masa antara latihan bola sepak dan pelajaran. 

“Prestasi Khairul belum mencapai tahap optimum kerana dia perlu memikirkan dua benda dalam satu masa. 

“Namun, saya percaya selepas ini (tamat pengajian) dia mampu mencipta nama kerana boleh memberi tumpuan penuh terhadap kerjayanya,” katanya. 

Khairul kini muncul senarai penjaring kedua terbanyak liga selepas meledak 8 gol setakat ini. 

Rahman juga memberi peringatan kepada anak didiknya supaya jangan menganggap berada dalam zon selesa walaupun berkedudukan di puncak liga dan menegaskan tidak mencicirkan mata penting untuk perlawanan seterusnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...