Friday, June 17, 2011

15,000 tiket perlawanan Malaysia, Myanmar

KOTA BHARU - Sebanyak 15,000 tiket disediakan untuk perlawanan persahabatan antarabangsa di antara skuad bola sepak Malaysia dengan Myanmar di Stadium Sultan Muhammed IV, di sini esok.

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiket untuk perlawanan tersebut mula dijual dua hari lalu di kaunter tiket stadium di sini, dengan harga RM15 hingga RM50.

"FAM turut menyediakan tempahan secara berkumpulan terutama kepada pelajar sekolah dengan harga RM5. Mana-mana sekolah yang ingin membuat tempahan tiket perlu menyertakan senarai nama pelajar," katanya di sini, semalam.

Annuar memberitahu, bagi merancakkan bahang perlawanan esok, FAM akan menganjurkan majlis ramah mesra pemain kedua-dua pasukan di ruang legar Pasar Raya KB Mall, di sini pada pukul 3 petang ini.

"Pasukan Myanmar akan tiba malam ini (malam tadi), manakala pasukan kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal pagi esok (hari ini).

"FAM membuka peluang kepada peminat untuk bertemu pemain selama satu jam petang esok (hari ini)," ujarnya.

Beliau turut berpuas hati dengan persiapan Kelantan bagi menganjurkan perlawanan tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...