- Pusingan 1 (21 Januari 2014 - Selasa)
- Pusingan 2 (4 Februari 2014 - Selasa)
- Suku Akhir 1 (11 Mac 2014 - Selasa)
- Suku Akhir 2 (18 Mac 2014 - Selasa)
- Separuh Akhir 1 (13 Mei 2014 - Selasa)
- Separuh Akhir 2 (20 Mei 2014 - Selasa)
- Akhir (7 Jun 2014 - Sabtu)
Friday, November 29, 2013
UNDIAN PIALA FA 2014
Tarikh perlawanan adalah seperti di bawah:-
Sampai bila begini?
Sumber: Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR - Apa lagi yang ditunggu oleh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)? Sampai bila kes mengenai pemain
melakukan pusingan 'u' dan mempunyai dua kontrak dengan pasukan berbeza
bakal berdendang tiap kali pintu perpindahan Liga Malaysia dibuka?
Bermula dengan bekas pemain Negeri Sembilan, Mohd. Nazrin Nawi,
kemudian disusuli dua tonggak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin
Omar serta Norfazly Alias diikuti penyerang kebangsaan, Safee Sali dan
paling terbaru, Mohd. Nazri Ahmad yang didakwa Selangor telah bersetuju
menandatangani kontrak sebelum membuat keputusan ke Kelantan.
Thursday, November 28, 2013
Brendan sedia lepaskan kerakyatan Australia
Sumber: Sinar Harian
BRENDAN Gan sedia melepaskan taraf kerakyatan Australia demi mewakili Kelantan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Buat masa ini, status Brendan kekal menjadi persoalan kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) telah melengkapkan kuota empat pemain import.
Untuk saingan 2014, import The Red Warriors dibarisi Forkey Doe, Mohamed Shawky, Mohammed Ghaddar serta Obinna Nwaneri yang tampil selaku Penolong Ketua Pasukan 2.
'Dia tidak akan terlepas'
Sumber: Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR - Biar apa pun yang akan berlaku
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan meneruskan perjuangan untuk
memberi pengajaran kepada pemain yang sesuka hati mempermainkan kontrak
mereka, termasuk yang terbaru bekas pemain Johor Darul Takzim (Johor
DT), Muhamad Nazri Ahmad.
Ini bermakna, FAS tidak bercadang untuk menyelesaikan masalah
tersebut di luar FAM, sebaliknya akan membawanya ke muka pengadilan.
Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad berkata, mereka tidak mahu
dilabel sebagai persatuan yang mudah tunduk mengalah selepas berlaku
perkara yang sama ketika ingin membawa pulang Safee Sali.
Biarpun sudah memberi persetujuan lisan, Safee akhirnya memilih untuk kekal di pangkuan Johor DT.
"Saya ada bukti di tangan, yang mana kontrak perjanjian yang ditandatangani oleh pemain Nazri.
" Kita boleh tahu siapa yang tipu siapa. Saya tidak tahu jika ada
sesetengah pihak mendakwa Nazri hanya bersetuju secara lisan untuk
menyertai Selangor tetapi secara realitinya, dia telah mengikat kontrak
dengan FAS," katanya.
Pemain pertahanan itu mencetus kontroversi apabila didakwa melanggar
kontrak FAS sebagaimana dia telah menandatangani perjanjian dengan
pasukan Selangor tetapi membuat 'pusingan U' menyertai Kelantan untuk
Liga Super musim depan.
Semuanya terjawab sebaik pemain berusia 23 tahun itu berada dalam
senarai pemain Kelantan bagi musim 2014 dalam majlis memperkenalkan
Pasukan The Red Warriors, kelmarin.
"Kita tidak mahu lagi imej dan kredibiliti persatuan negeri ini
tercalar sebagaimana FAS pernah berdepan situasi yang sama ketika cubaan
mendapatkan khidmat Safee.
"Bezanya dengan kes Nazri, Safee sekadar bersetuju menerusi
perjanjian lisan untuk menyertai Selangor dan kes itu selesai sejurus
pihak Johor DT bersetuju membayar semula pampasan kepada FAS.
"Namun, untuk kes terbaru ini kami memiliki bukti iaitu perjanjian kontrak itu telah pun ditandatangani Nazri," katanya.
Mokhtar berkata, ia adalah satu perbuatan tidak bermoral apabila
seorang pemain yang sudah menandatangani kontrak tetapi membuat pusingan
U dengan menyertai pasukan lain.
"Saya menghormati pandangan (Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain
FAM) Datuk Takiyuddin Hassan yang memberi saranan supaya menyelesaikan
kes ini dengan cara berhemah tetapi pemain seperti ini perlu diberi
pengajaran agar tidak sesekali memandang ringan berhubung isu kontrak
"FAS tetap akan bawa kes ini ke FAM demi keadilan untuk pihak kami,
saya menyeru FAM agar melaksanakan atau menggubal peraturan perpindahan
lebih ketat bagi mengelakkan perkara ini tidak berulang pada masa akan
datang.
"Kalau begini sikap pemain, mudah buat mana-mana pasukan beli pemain.
Sikap inilah harus kita kikis dan saya berharap FAM dapat melakukan
sesuatu untuk menghalang pemain-pemain yang telah menandatangani
kontrak, berhijrah ke pasukan lain," katanya.
Takiyuddin sebelum ini mengesahkan mana-mana pemain yang didapati
bersalah melanggar kontrak boleh menerima hukuman paling maksimum iaitu
digantung perlawanan untuk satu musim musim.
FAS, KAFA tak mengalah
Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan
Bolasepak Kelantan (KAFA) dilihat tidak mahu berlembut dalam isu
membabitkan bekas pemain Johor Darul Takzim (DT), Nazri Ahmad dengan kes
berkenaan disahkan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Status Pemain
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
FAS sudah mengemukakan aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) semalam dengan menegaskan mereka mempunyai bukti
mengatakan pemain pertahanan berusia 23 tahun itu sudah menandatangani
kontrak untuk beraksi bersama Merah Kuning musim depan.
Tak layak!
KETUA Jurulatih Persatuan Bola Sepak Perlis, Reduan Abdullah (berdiri tiga dari kanan), memberi taklimat ketika sesi pemilihan pemain pasukan Perlis 2014. |
Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: “FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sepatutnya tidak
boleh menerima pendaftaran skuad Perlis kerana mereka belum menjelaskan
tunggakan gaji jurulatih, pegawai dan pemain.”
Itu antara keluhan salah seorang daripada anggota skuad Perlis yang
mendakwa belum menerima gaji tertunggak selama enam bulan termasuk bulan
November ini yang dianggarkan berjumlah RM305,000.
Wednesday, November 27, 2013
Wira Tok Gajah dapat RM30,000
Sumber: Utusan
KUANTAN - Seperti dijanjikan, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob
semalam mengumumkan ganjaran wang tunai RM30,000 setiap seorang kepada
seluruh pemain, pegawai termasuk pasukan sokongan skuad Tok Gajah ekoran
kejayaan mereka memenangi Piala Malaysia 2013.
Adnan berkata, ganjaran wang tunai tersebut begitu berbaloi dengan
semangat dan pengorbanan Pahang sehingga menjuarai piala berprestij itu.
Giliran Nazri buat Selangor bengang
Sumber: Utusan
KUALA LUMPUR - Selepas Safee Sali, nasib malang
terus menimpa Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) apabila kali ini
giliran bekas rakan sepasukannya di Johor Darul Takzim (Johor DT), Mohd.
Nazri Ahmad pula membuat pusingan U apabila memilih haluan bersama
Kelantan.
Jika tindakan Safee mungkin boleh dimaafkan kerana hanya melakukan
persetujuan secara lisan, Nazri pula dilihat seolah-olah mengundang bala
apabila difahamkan telah menandatangani kontrak untuk bersama Selangor
serta sudah menerima Sijil Perpindahan Negeri (SPN) dari Persatuan Bola
Sepak Negeri Johor (PBNJ).
Fabio pilih Titans
Sumber: Harian Metro
Kuala Terengganu: Bagaikan sirih pulang ke gagang. Itu yang berlaku terhadap bekas pertahanan Terengganu, Fabio Flor de Azevedo.
Bagaimanapun, pemain pertahanan berusia 32 tahun yang pernah
menyarung jersi skuad Penyu pada 2005 hingga 2008 bukan beraksi dengan
pasukan itu, sebaliknya bersama T-Team.
Jibrail terpaksa lupakan aksi Liga Super
Sumber: Harian Metro
Ipoh: Penjaga gol ketiga Perak, Mohd Jibrail Kamaron Baharin
terpaksa melupakan hasrat beraksi dalam kancah Liga Super 2014 apabila
dipinjamkan kepada pasukan Piala FAM, Yayasan Bina Upaya (YBU).
Pengurus Liga Super Perak, Datuk Azhar Ahmad berkata, peminjaman
Jibrail dilakukan bertujuan menyelamatkan kerjaya pemain itu kerana
Perak memiliki empat penjaga gol ketika ini.
Nazri buat hal!
Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan mengemukakan
aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung tindakan
bekas pemain Johor Darul Takzim (DT) Nazri Ahmad yang dilaporkan sudah
menyertai Kelantan untuk saingan Liga M musim depan.
Nazri diperkenalkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sebagai salah
seorang pemain baru The Red Warriors (TRW) semalam namun ia mencetuskan
masalah baru apabila pemain kelahiran Selangor itu difahamkan sudah
menandatangani kontrak selama dua tahun bermula musim depan dengan
Selangor.
‘Barisan baru TRW lebih mantap!’
Sumber: Harian Metro
Kota Bharu: Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Baru (TRWKB)
menyifatkan barisan skuad baru Kelantan musim 2014 yang diumumkan
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam lebih mantap malah
menjangkakan pasukan itu mampu mengekalkan reputasi sebagai pasukan bola
sepak terbaik negara.
Presiden TRWKB, Mohamed Zainy Mohamed Zain berkata, barisan pemain
baru yang diperkenalkan dilihat mampu mengisi kekosongan posisi yang
ditinggalkan tonggak utama yang berhijrah malah gandingan pemain muda
dan berpengalaman pasti menambah sengat pasukan musim depan.
Monday, November 25, 2013
Goal line referees to make debut in M-League
Sumber: NST
GOAL LINE referees will be introduced in selected matches in next season's M-League, and if everything goes well, it will go full-scale in 2015.
FA of Malaysia (FAM) referees committee chairman Datuk Astaman Abdul
Aziz said goal line referees along with communication sets for match
officials will be introduced in stages next season.
"It is our attempt to eradicate the crimes and misdemeanours in the
penalty area. It will allow more decisions to be correctly judged," said
Astaman at Wisma FAM in Kelana Jaya yesterday.
Kafando sah milik Perak
Sumber: Harian Metro
Ipoh: Perak yang hampir pasti mendapat khidmat kapten pasukan Bawah
23 Myanmar, Kyaw Zayar Win mengikat pemain kebangsaan Burkina Faso,
Martin Kafando sebagai awang import pasukan Seladang untuk kempen Liga
Super 2014.
Jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim berkata, pemain berusia 26 tahun
itu mempunyai ciri-ciri yang dicari Perak untuk memantapkan benteng
pasukan selepas menyaksikan bek tengah itu beraksi dalam dua perlawanan
persahabatan dengan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang di Ipoh dan pasukan
negeri Pulau Pinang di tempat lawan, minggu lalu.
‘Tugas berat menanti Darby’
Sumber: Harian Metro
Kota Bharu: Legenda bola sepak negara, Dali Omar menyifatkan tugas
berat menanti jurulatih baru Kelantan, Steve Darby dalam mengekalkan
status sebagai pasukan gergasi bola sepak tanah air musim depan.
Dali yang menjadi pemain pertama negara beraksi di luar negara
dengan mewakili kelab Azzuri Australia di Perth berkata, Darby mungkin
mempunyai percaturan tersendiri dalam membentuk pasukan mantap TRW hasil
pengalaman beliau mengendalikan beberapa pasukan negeri dalam saingan
Liga Malaysia (Liga M) termasuk Johor (1998-2000) dan Perak (2005-2008).
Sunday, November 24, 2013
Kontrak Rajagobal tidak disambung, tamat 31 Disember
Sumber: Utusan & Bernama
PETALING JAYA 24 Nov. - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
memutuskan untuk tidak menyambung kontrak ketua jurulatih skuad
kebangsaan, Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang tamat 31 Dis ini.
Keputusan berkenaan dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif
FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah di Wisma
FAM di Kelana Jaya, dekat sini, hari ini.
Venue Piala Sumbangsih 2014 di Stadium Darul Makmur
Sumber: Utusan Malaysia & Bernama
PETALING JAYA 24 Nov. - Perlawanan pembuka tirai saingan Liga
Malaysia (Liga M) musim 2014 iaitu Piala Sumbangsih 2014 antara Pahang
dan Lions XII dari Singapura pada 14 Jan depan akan diadakan di Stadium
Darul Makmur, Kuantan dan bukan di Stadium Shah Alam seperti dijadualkan
sebelum ini.
Ini berikutan keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam menutup Stadium
Shah Alam selama tiga bulan mulai pertengahan bulan ini untuk kerja naik
taraf dan penyelenggaran dengan anggaran kos RM4 juta.
Injuries, not future is Kim Swee's worry
Sumber: NST
JUNIOR Eldstal and Nik Sharul Azim Halim are battling to be fit for Malaysia's defence of the Sea Games football gold medal in Naypyidaw next month even as coach Ong Kim Swee's future remains in the balance.
Kim Swee's contract with the FA of Malaysia as the national youth coach
expires after the Sea Games and his future is to be discussed by FAM's
executive committee today.
But for now, Kim Swee is sweating on the fitness of Sarawak midfielder
Junior and Kelantan defender Nik Halim as he can ill afford to lose the
duo with four others already ruled out of the Sea Games through
injuries.
Barisan Tok Gajah masih berteka-teki
Sumber: Harian Metro
Kuantan: Selaku juara Piala Malaysia, Pahang tidak terlepas berdepan
kemelut pemain musim depan selepas kontrak mereka akan tamat hujung
bulan ini.
Walaupun jurulatih Dollah Salleh menegaskan 90 peratus pemain musim
ini akan kekal bersama Tok Gajah namun pengesahan itu masih belum
diputuskan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).
Terdapat beberapa pemain dilihat cuba bermain tarik tali dengan PBNP apabila mendakwa mereka menerima banyak tawaran lebih menarik yang tidak mungkin ditolak.
Saturday, November 23, 2013
Kelantan Gan-ning for Aussie midfielder
Sumber: NST
KELANTAN hope to register Australian-born midfielder Brendan Gan as a local player next season after submitting an application to the FA of Malaysia yesterday, which if approved, could have far-reaching implications on the M-League and the national team.
Citing Fifa eligibility regulations on nationality,
Kelantan argued that Brendan's ancestral ties to Malaysia through his
Malaysian-born father demonstrates that there is a clear link to the
country as permitted by the rules, regardless of citizenship.
Razi, Mohd Nor calon utama ganti Farizal
Sumber: Harian Metro
Ipoh: Kekosongan di benteng terakhir Perak berikutan pemergian
penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias dan Khairul Amri Salehuddin
diisi oleh bekas penjaga gol PKNS, Razi Effendi Suhit dan penjaga
gawang pasukan UiTM, Mohd Nor Haziq Aris.
Farizal memilih haluan berbeza untuk menyertai Selangor manakala Amri memohon pelepasan untuk ke Pulau Pinang.
Friday, November 22, 2013
PENCALONAN - ANUGERAH BOLASEPAK MALAYSIA 2013
Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013
♦Tarikh: 30 November 2013 (Sabtu)
♦Tempat: Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam
♦Tarikh: 30 November 2013 (Sabtu)
♦Tempat: Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam
Red Warriors masih ada kualiti
Sumber: Utusan Malaysia
KOTA BHARU - Pengendali baharu Kelantan, Steve
Darby percaya, skuad Red Warriors masih memiliki kualiti biarpun
kehilangan ramai tonggak utama apabila menghadapi musim 2014.
Selepas merangkul kejuaraan treble pada 2012, Kelantan hanya
mampu meraih gelaran Piala FA musim ini. Mereka melepaskan mahkota Liga
Super kepada LionsXII, sebelum kalah kepada Pahang dalam final Piala Malaysia.
Penyu bagi masa pemain luar pamer taring
Sumber: Harian Metro
Kuala Terengganu: Pengurusan skuad Terengganu masih memberi peluang
kepada enam awang import yang sedang diuji untuk diserapkan dalam
pasukan menghadapi saingan Liga M musim depan.
Ini berikutan mereka baru tiba beberapa hari lalu terdiri daripada
tiga dari Australia iaitu Barisic Andrew Nicolas, Andreas Govas dan
Mario Karlovic, Keisuke Ogowa (Jepun); Damir Vidovic (Croatia) serta
Paul Mulders (Filipina).
Selangor kecewa
Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Tindakan penyerang kebangsaan Safee Sali yang secara
tiba-tiba membuat pusingan U dengan menukar pendirian untuk terus kekal
bersama Johor Darul Takzim (DT) musim depan cukup mengecewakan Persatuan
Bolasepak Selangor (FAS).
Walaupun sudah mendapat persetujuan secara lisan bersama dengan
bayaran pendahuluan namun usaha untuk mendapatkan khidmat bekas
penyerang Pelita Jaya itu akhirnya bertukar menjadi angan kosong buat
skuad Red Giants.
‘Perlu nafas baru’
Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Pengkritik bola sepak, Serbegeth Singh berpendapat
skuad Harimau Malaya perlu mendapat nafas baru selepas lima tahun di
bawah bimbingan Datuk K Rajagobal.
Beliau yang kini menjadi Penasihat Global kepada kelab Liga
Kejuaraan Blackburn Rovers berkata, skuad kebangsaan mempunyai pemain
yang bagus namun prestasi yang ditunjukkan ketika ini seperti berada di
takuk yang lama sejak memenangi Piala AFF pada 2010.
Thursday, November 21, 2013
Amar berminat sertai The Red Warriors
Sumber: Utusan Malaysia
KOTA BHARU - Bekas pemain tengah Felda United Amar Rohidan berminat menyarung jersi The Red Warriors untuk Liga Malaysia musim depan seandainya diberi peluang.
Tanpa berselindung, Amar mengakui ada menerima panggilan telefon
daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), dua bulan lalu yang
berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Nasib Rajagobal Ahad ini
Sumber: Utusan
KUALA LUMPUR - Tanda tanya mengenai kedudukan lDatuk K. Rajagobal
sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya selepas kekalahan 0-1 pasukannya
kepada Qatar kelmarin, kemungkinan besar bakal terlerai pada mesyuarat
Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ahad
ini.
Sekalipun tampak kecenderungan khidmatnya tidak dilanjutkan selepas
31 Disember ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin
menganggap, terlalu awal untuk membuat kesimpulan sebelum mesyuarat itu.
KAFA nafi ikat pemain ATM, Kedah
Sumber: Harian Metro
Kota Bharu: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri
Annuar Musa menafikan kehadiran tiga pemain baru Amirizwan Taj Tajuddin
dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta dua tonggak Kedah, Khyril
Muhymeen Zambri dan Baddrol Bakhtiar yang dikaitkan untuk menyarung
jersi The Red Warriors (TRW) bagi saingan musim 2014.
Annuar menerusi kenyataannya dalam laman facebook berkata,
spekulasi pemain yang bakal dipikat TRW sentiasa dimainkan oleh media
dengan membabitkan beberapa pemain tempatan dan luar negara.
T-Team uji aksi Wanggai
Sumber: Harian Metro
Kuala Terengganu: Penyerang berbisa Indonesia, Patrich Steve Wanggai
atau Patty antara lima pemain luar bakal diuji pasukan T-Team bagi
melengkapkan kouta tiga pemain import untuk menghadapi saingan Liga M
musim depan.
Empat lagi awang import adalah bekas pertahanan skuad Penyu musim
2005 hingga 2008, Fabio Flor dari Brazil, pemain tengah kelahiran
Croatia, Ivan Parlov dan dua pemain dari Liberia.
Safee kekal
Sumber: Harian Metro
Johor Bahru: Selepas sekian lama berteka-teki, status penyerang
kebangsaan Safee Sali sama ada berhijrah ke pasukan lain atau kekal
bersama Johor Darul Takzim pada musim depan akhirnya terjawab.
Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Johor Southern
Tigers mengesahkan penyerang kebangsaan itu akan kekal bersama skuad
Harimau Selatan mengharungi kempen Liga M.
Safee yang dipetik dalam laman berkenaan amat teruja untuk kembali berkhidmat bersama skuad bimbingan Cesar Ferrando Jiminez tatkala bekas pemain Arema FC itu mahu melangsaikan tugas yang perlu diselesaikan selepas gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang kempen Liga Super musim ini.
Tuesday, November 19, 2013
Aziz kekal bersama Kelantan
Sumber: Utusan Malaysia
KOTA BHARU - Tonggak pertahanan kiri Kelantan, Mohammad Aziz Ismail memilih untuk terus berbakti bersama The Red Warriors selepas mengikat kontrak selama dua tahun, Sabtu lalu.
Mohammad Aziz yang hampir pulih dari kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) lulut kanan berkata, dia akan mula menjalani latihan bersama The Red Warriors pada 15 Disember ini.
Menurutnya, ia merupakan latihan pertamanya bersama The Red Warriors selepas berehat selama setahun gara-gara kecederaan yang dialami ketika pertemuan persahabatan dengan Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, 12 Disember 2012 lalu.
PFA ikat Reduan bimbing Singa Utara
Sumber: Harian Metro
KANGAR: Pengulas bola sepak Reduan Abdullah menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) selaku jurulatih skuad Singa Utara bagi mengharungi kempen Liga M musim depan.
Reduan yang juga bekas tonggak tengah kebangsaan dan Selangor bukan nama asing kerana pernah diberi kepercayaan mengendalikan kelab Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Felda United beberapa musim lalu.
Rajagobal ada idea jerat Qatar
Sumber: Harian Metro
Kelana Jaya: Sedar Qatar bukanlah lawan yang mudah untuk dijinakkan, pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K Rajagobal akan menerapkan corak taktikal berbeza apabila bertemu lawan mereka itu pada kempen kelayakan Piala Asia di Stadium Shah Alam, malam ini.
Selepas gagal meraih tiga mata ketika bertemu Bahrain pada perlawanan terakhir, Rajagobal tidak mahu cerita sama berulang apabila bertemu Qatar dan atas faktor itu, beliau sedia untuk mengubah corak taktikal anak buahnya.
Harimau Malaya wajib menang
Sumber: Harian Metro
Kelana Jaya: Kapten skuad negara Safiq Rahim menganggap Malaysia tiada pilihan lain selain perlu mencatatkan kemenangan pada perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Qatar di Stadium Shah Alam, malam ini.
“Kita perlu menang untuk layak ke pusingan seterusnya sebab jika kalah, peluang kita semakin tipis.
Monday, November 18, 2013
KL vow to regain glory days
Sumber: NST
THE pieces of the puzzle are slowly falling into place for former Malaysia Cup kingpins Kuala Lumpur as the city side bid to reverse a decline which resulted in successive relegation the past two seasons.
KL will play in the third-tier FAM League for the first time in their 35-year history but the wheels have been turning as soon as relegation from the Premier League was confirmed in July.
Seladang hampir pasti ikat kapten Myanmar
Sumber: Utusan Malaysia
IPOH - Perak mengharapkan sentuhan pemain Myanmar yang pernah menjulang skuad negeri ini pada tahun 1990 apabila sudah hampir pasti untuk mengikat kapten skuad Myanmar yang membawa pasukannya muncul naib juara Kejohanan Pestabola Merdeka di Kuantan, September lalu, Kyaw Zayar Win.
Ketua jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim berkata, Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sudah pun mengadakan perbincangan dengan Pengarah Teknikal Persekutuan Bola Sepak Myanmar bagi membincangkan syarat-syarat kontrak pemain itu baru-baru dan ia menghasilkan keputusan yang positif.
PBSNT mula jual pas bermusim berharga RM500, RM200
Sumber: Bernama
Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengeluarkan dua kategori pas bermusim untuk menyaksikan perlawanan Liga Malaysia musim depan di Stadium Sultan Ismail Nasirsuddin Shah.
Setiausaha PBSNT Arpin Draman berkata, pas bermusim itu dijual dengan harga RM500 untuk tempat duduk berbumbung dan RM200 bagi tempat duduk terbuka.
Kuala Terengganu: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengeluarkan dua kategori pas bermusim untuk menyaksikan perlawanan Liga Malaysia musim depan di Stadium Sultan Ismail Nasirsuddin Shah.
Setiausaha PBSNT Arpin Draman berkata, pas bermusim itu dijual dengan harga RM500 untuk tempat duduk berbumbung dan RM200 bagi tempat duduk terbuka.
‘Cakap pandailah!’
Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: “Suruh dia mainlah”. Itu antara kandungan kata-kata penyerang negara Safee Sali kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong yang tersebar secara meluas di laman sosial semalam.
Ia reaksi Safee kepada komen Zolkples selepas kekalahan 0-1 Harimau Malaya di tangan Bahrain minggu lalu dengan tugas semakin sukar buat ketua jurulatih Datuk K Rajagobal memenuhi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) dirinya iaitu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015.
FAM perlu jelas status
Sumber: Harian Metro
Rompin: “Saya mahu FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) menjelaskan status serta kedudukan sebenar saya dan memulangkan semula wang RM39,000,” kata bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim.
Katanya, apabila Artikel 88 dipinda selepas ahli gabungan bermesyuarat pada Kongres Tahunan FAM Ogos lalu, beliau tidak menerima sebarang kenyataan rasmi daripada badan induk itu mengenai kedudukannya hingga kini.
Sunday, November 17, 2013
Penyokong Singa Utara dalam kebimbangan
Sumber: Sinar Harian
PERSIAPAN hambar Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA)
dalam mempersiapkan pasukan Liga Premier musim depan nyata mendatangkan
kebimbangan kepada penyokongnya, lapor MOHD ZAINIE KHALILI.
Digembar-gemburkan bakal menarik diri dari saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2014 menyaksikan kebangkitan beberapa kelab penyokong Singa Utara yang meminta PFA meneruskan cabaran mereka dalam saingan berkenaan.
Digembar-gemburkan bakal menarik diri dari saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2014 menyaksikan kebangkitan beberapa kelab penyokong Singa Utara yang meminta PFA meneruskan cabaran mereka dalam saingan berkenaan.
Darby yakin bina semula reputasi Kelantan
Sumber: Utusan Malaysia
KOTA BHARU - Pengendali baharu The Red Warriors,
Stave Darby bertekad mahu memastikan reputasi dan standard Kelantan
tidak tercalar meskipun kehilangan beberapa tonggak utama yang berhijrah
keluar dari pasukan berkenaan untuk saingan musim hadapan.
Darby berkata, Kelantan masih mempunyai ramai pemain yang berkaliber
termasuk barisan muda dari skuad Piala Presiden yang dijangka mampu
membentuk gandingan mantap buat The Red Warriors untuk menggalas cabaran musim 2014.
Sabah FA bertegas gugur pemain ada masalah disiplin
Sumber: Utusan Malaysia
KOTA KINABALU - Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah
FA) mengingatkan pemain-pemainnya yang akan beraksi pada Liga Malaysia
musim depan supaya meningkatkan tahap disiplin.
Presidennya yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menegaskan,
pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan pemain yang menimbulkan
masalah termasuk bertindak menggugurkan mereka daripada pasukan.
Selangor sasar satu piala musim depan
Sumber: Utusan Malaysia
PETALING JAYA - Selangor mensasarkan sekurang-kurangnya menjulang satu piala pada aksi Liga Malaysia 2014.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul
Mokhtar Ahmad berkata, Selangor sudah terlalu lama tidak menjulang trofi
kejuaraan dan kini sudah tiba masanya untuk skuad The Red Giants kembali mengulangi kecemerlangan lalu.
Saturday, November 16, 2013
Saya tidak cemburu - Azlan
Sumber: Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR - Penolong jurulatih T-Team, Azlan
Johar memberitahu yang dia adalah insan paling gembira apabila
mengetahui bekas pengendali Perak, Mohd. Azraai Khor bakal bersamanya
mengemudi pasukan itu musim depan.
Malah, dia menolak tanggapan segelintir pihak yang dia kecewa kerana tidak dilantik sebagai ketua jurulatih.
Ujarnya, pelantikan Azraai oleh pengurusan Persatuan Bola Sepak
Negeri Terengganu (PBSNT) di bawah pucuk pimpinan Presiden baru, Datuk
Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, adalah langkah yang tepat bagi
menguatkan cabaran T-Team bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2014.
Fadzli tabur bakti bersama Sime Darby
Sumber: Harian Metro
Kuantan: Selepas membantu Sime Darby layak ke Liga Super, penyerang
Fadzli Shaari percaya kejayaan lebih manis dapat diraih dalam Liga M
musim depan khususnya Liga Super.
Biarpun khidmat pemain kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu ditagih
beberapa pasukan termasuk dari Liga Perdana, dia mahu kekal bersama
kelab berkenaan untuk musim kedua.
Safee kembali!
Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Selangor hampir pasti mendapat kembali sentuhan penyerang kebangsaan Safee Sali.
Perkembangan gembira itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan
Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad yang menyatakan penyerang
Johor Darul Ta’zim (JDT) itu semakin hampir beraksi bersama gergasi
Merah Kuning musim depan.
“Rundingan FAS dan Safee berjalan lancar dan peluang untuk mendapatkan
khidmatnya semakin cerah,” katanya yang turut waspada dengan melihat
sebarang kemungkinan boleh berlaku selagi kontrak tidak ditandatangani.
Friday, November 15, 2013
Patty sah sertai T-Team
Sumber: Harian Metro
Kuala Terengganu: Pasukan kelab T-Team mengikat penyerang berbisa
Indonesia, Patrich Steve Wanggai bagi mengisi kuota pemain import Asia
untuk menghadapi cabaran Liga Super musim depan.
Wanggai, 25, dengan nama timangannya ‘Patty’ adalah penyerang utama
pasukan Persipura Jayapura yang menjuarai Liga Super Indonesia (LSI)
2012/2013.
Thursday, November 14, 2013
Faiz Subri berteka-teki
Sumber: Sinar Harian
PENYERANG Kelantan, Mohd Faiz Subri masih belum membuat keputusan sama ada kekal bersama Kelantan atau beralih angin ke PDRM musim depan, lapor NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH.
Pemain kelahiran Air Hitam, Kedah itu berkata, setakat ini dia masih menghormati kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang berakhir hujung bulan ini.
Menurutnya, hala tuju kerjayanya dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan akan diputuskan dalam masa terdekat.
Norfarhan sah ke Terengganu
Sumber: Utusan Malaysia
KOTA BHARU - Bintang sayap sensasi Kelantan, Mohd. Norfarhan Muhammad menamatkan spekulasi apabila mengesahkan dia kini milik Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT).
Norfarhan yang terkenal dengan jolokan 'Ben 10' berkata, perpindahan ke negeri kelahirannya, Terengganu bukan disebabkan faktor 'wang' tetapi atas sebab keluarga.
Katanya, sudah sampai masanya untuk berbakti di negeri sendiri setelah berkelana bersama pasukan lain sejak sekian lama.
Kembara Nwakaeme bermula
Sumber: Harian Metro
Kota Bharu: The Red Warriors terus dirundung duka apabila penyerang import, Dickson Nwakaeme sah meninggalkan Kelantan selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gagal memenuhi tuntutan gaji pemain itu.
Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan itu bersetuju melepaskan penyerang dari Lagos, Nigeria itu yang menuntut gaji melebihi RM1 juta sebagai imbuhan untuk terus beraksi bersama Kelantan musim depan.
Wednesday, November 13, 2013
Barisan Kedah hampir lengkap
Sumber: Harian Metro
Alor Setar: Senarai penuh barisan pemain tempatan yang akan membarisi skuad Kenari untuk saingan Liga Perdana musim depan dijangka diumum selepas Mesyuarat Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), esok.
Setiausaha Kehormat KFA Aminuddin Omar berkata, setakat ini senarai pemain tempatan sudah hampir lengkap termasuk dua tonggak utama musim lalu Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Baddrol Bakhtiar.
Belum putus
Sumber: Harian Metro
Kuantan: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) belum membuat keputusan berhubung kedudukan pemain yang akan menyarung jersi skuad Tok Gajah bagi menghadapi Liga M musim depan.
Setiausaha PBNP Fuzeimi Ibrahim berkata, setakat ini, segala urusan berkaitan pemain masih dalam perbincangan termasuk sama ada menyenaraikan seorang lagi pemain import.
Marzuki nafi sarung jersi PDRM
Sumber: Harian Metro
Kuala Terengganu: Kapten T-Team Marzuki Yusof menafikan desas-desus akan menyarung jersi Polis Diraja Malaysia (PDRM) musim depan.
Pemain pertahanan itu terkejut dengan berita perpindahan sedangkan dia tidak pernah menerima tawaran daripada pasukan Liga Perdana itu.
Ikat pemain berminat sahaja
Sumber: Harian Metro
Johor Bahru: Johor Darul Takzim (DT) terpaksa melupakan niat mendapatkan khidmat penyerang Kelantan, Mohd Nor Farhan Muhammad pada saingan Liga M musim depan selepas pemain itu secara rasmi memohon dilepaskan.
Walaupun pada awalnya pemain kelahiran Terengganu itu sudah bersetuju menyertai Johor DT mengharungi kempen Liga Super musim depan, atas sebab peribadi dan keluarga, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) secara profesional mengambil keputusan melepaskannya biarpun pemain itu sudah menandatangani persetujuan.
Fokus kutip tiga mata
Sumber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Tiada laluan mudah buat jentera serangan Bahrain walaupun lawan turun dengan misi mengutip tiga mata dan dilihat mempunyai pelbagai kelebihan.
Itu jaminan pertahanan Harimau Malaya, Mohd Razman Roslan menjelang aksi getir skuad negara kendalian Datuk K Rajagobal yang turun dalam kelayakan Piala Asia 2015 Kumpulan D menentang Bahrain di Stadium Nasional Manama, Jumaat ini.
Skuad negara kini berada di kedudukan ketiga kumpulan dengan mengumpul empat mata di belakang Qatar (enam) dan Bahrain (tujuh) dengan Yaman tanpa sebarang mata. Hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan dan satu pasukan ketiga terbaik layak ke pusingan akhir di Australia pada 2015.
Tuesday, November 12, 2013
Eldstal poised to make Games debut
Sumber: NST
JUNIOR Eldstal could make his Sea Games debut in Myanmar next month if the midfielder regains his fitness from a back injury before the biennial Games.
National youth coach Ong Kim Swee will evaluate Eldstal's condition in a
friendly match on Nov 26 or Nov 27 before finalising his 20-member Sea
Games squad.
Eldtsal suffered a back injury in an M-League match and had surgery eight days ago in Europe.
Taj staying with Forces
Sumber: NST
THAT’S A PROMISE: Coach confirms defender will sign contract on return from national duty in Bahrain
ARMED Forces coach B. Sathianathan quashed rumours that his prized
defender Amiridzwan Taj Tajudin would follow Shukor Adan in leaving the
Super League outfit next season.
Taj, 27, had been linked with his home state Kelantan but
Sathianathan said he obtained a commitment from the centre-back that he
would remain with Forces for 2014.
Shakir warnai cabaran Kelantan
Sumber: Harian Metro
Seremban: Selepas dua musim bersama Negeri Sembilan, penyerang Ahmad
Shakir Md Ali membuat keputusan untuk berubah angin dengan menyertai
naib juara Piala Malaysia 2013, Kelantan bagi saingan Liga M musim
depan.
Pemain kelahiran Kedah yang akan menjangkau usia 25 tahun pada 9
Januari ini berkata, dia memilih menyertai The Red Warriors (TRW) bagi
meningkatkan pengalaman sebagai pemain profesional dan bukan semata-mata
kerana tawaran gaji lebih tinggi.
Safee wajar berhijrah
Sumber: Kosmo
"MOHD. Safee (Sali) wajar berhijrah menyertai mana-mana kelab di luar negara jika masih sayangkan kariernya sebagai pemain bola sepak.”
Demikian jelas Zakaria Ab. Rahim mengenai hala tuju penyerang sensasi Harimau Malaya itu yang masih belum membuat keputusan berhubung masa depannya sebaik kontraknya sebagai pemain pinjaman bersama Johor Darul Takzim (Johor DT) bakal tamat penghujung bulan ini.
Zakaria berkata, mana-mana pemain negara termasuk Safee sewajarnya merebut peluang beraksi di negara luar biarpun menerima tawaran lumayan daripada mana-mana pasukan tempatan.
Sarbinee kembali bersama Penyu
Sumber: Harian Metro
Kuala Terengganu: Selepas semusim bersama Selangor, bekas penjaga gol utama Terengganu Mohd Sarbinee Allawee Ramli membuat keputusan kembali ke pangkuan negeri kelahirannya bagi mengharungi Liga M musim depan.
Ketika bersama The Red Giants, bekas penjaga gol skuad kebangsaan itu banyak memanaskan bangku simpanan ekoran Norazlan Razali kerap diturunkan untuk mengawal benteng terakhir skuad terbabit.
Sunday, November 10, 2013
Ela diintai kelab luar
Sumber: Sinar Harian
DIKHABARKAN beberapa kelab luar negara berminat menagih
khidmat E Elavarasan bagi musim hadapan, selepas kontraknya bersama
Terengganu tamat hujung bulan ini.
Menurut jurulatih yang berasal dari Selangor itu, dia ada mendapat beberapa tawaran membimbing pasukan di liga tempatan dan pasukan dari luar negara.
Menurut jurulatih yang berasal dari Selangor itu, dia ada mendapat beberapa tawaran membimbing pasukan di liga tempatan dan pasukan dari luar negara.
Friday, November 8, 2013
Perlawanan Sumbangsih kembali kira mata
Sumber: Utusan Malaysia
PETALING JAYA - Dua perkara yang membuatkan media
tertarik dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam
iaitu perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah tahun
depan kembali dikira sebagai perlawanan pertama Liga Super dan pasukan
kelab dibenar menyertai Piala Presiden 2014.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Afandi
Hamzah berkata, mesyuarat telah bersetuju supaya pertemuan antara Lions
XII (juara Liga Super) dan Pahang dalam perlawanan Sumbangsih pada 17
Januari depan dikira sebagai perlawanan Liga Super pertama kedua-dua
pasukan.
Perak bakal miliki skuad mantap
Sumber: Utusan Malaysia
IPOH - Kapten skuad Myanmar yang muncul naib
juara Kejohanan Pestabola Merdeka di Kuantan, September lalu, Kyaw Zayar
Win serta pemain antarabangsa Syria dan Ghana bakal mengisi kuota
import skuad Perak untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Pengurus baharu skuad Seladang, Datuk Azhar Ahmad berkata, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sedang mengadakan rundingan dengan ejen pemain tersebut sebelum menandatangani kontrak.
Kekal tiga import
Sumber: Harian metro
Kelana Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan
mengekalkan kuota tiga pemain import seperti yang dipersetujui sebelum
ini meskipun ada pasukan Liga Malaysia (Liga-M) mengharapkan ada lagi
penambahan pemain import berikutan kenaikan gaji pemain tempatan.
Jika musim lalu badan induk itu hanya membenarkan pengambilan dua
pemain import bagi pasukan Liga Super dan Perdana namun kuota itu
berubah dengan penambahan seorang lagi pemain import dari benua Asia
selepas mendapat kelulusan Exco FAM April lalu.
‘Ben 10’ sah ubah angin
Sumber: Harian Metro
Kota Bharu: “Saya akui pernah berunding dengan Johor Darul Takzim
(DT), namun pada masa sama saya masih menyimpan hasrat untuk bersama TRW
kerana mahu menebus kekecewaan gagal mempertahankan Piala Malaysia
tahun depan.
“Bagaimanapun, saya terkejut apabila Tan Sri (Annuar Musa)
menyenaraikan nama pemain yang akan berpindah termasuk nama saya dalam
Facebooknya meskipun pada waktu itu saya belum membuat keputusan. Tiada
apa yang dapat saya lakukan sekarang selain akan fokus dengan Johor DT
bermula musim depan,” kata pemain sayap Kelantan, Norfarhan Muhammad.
Thursday, November 7, 2013
Ketua jurulatih T-Team akan diumum
Sumber: Sinar Harian & Bernama
KUALA TERENGGANU - T-Team akan menentukan siapa yang bakal menjadi
jurulatih mereka bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan dalam masa
terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Rashid Jusoh berkata ia termasuk rancangan kemungkinan mendapatkan khidmat jurulatih daripada Indonesia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Rashid Jusoh berkata ia termasuk rancangan kemungkinan mendapatkan khidmat jurulatih daripada Indonesia.
Kelantan bawa masuk pemain Bahrain?
Sumber: Utusan Malaysia
KOTA BHARU - Kelantan dikhabarkan sedang berusaha
untuk membawa masuk perancang tengah Bahrain, Abdulla Baba Fatadi, 28,
bagi memperkuatkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga
M) musim depan.
Abdulla yang sebelum ini pernah beraksi bersama Al-Shoalah
sebuah kelab yang berpangkalan di Al-Kharj, Arab Saudi dikhabarkan bakal
mengisi kuota pemain import kategori Asia sebagaimana ditetapkan oleh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk musim 2014.
Malaysia tidak anggap mudah
Sumber: Utusan malaysia
KUALA LUMPUR - Juara dua kali berturut-turut,
Malaysia berdepan laluan yang boleh dianggap kurang sukar dalam saingan
bola sepak lelaki Sukan SEA XXVII di Myanmar, bulan depan dengan hanya
Vietnam dan Singapura dijangka mampu menyulitkan laluan.
Undian rasmi di Nay Pyi Taw, semalam turut menempatkan skuad negara
dalam Kumpulan A bersama Brunei, Filipina dan Laos sekali gus menjadikan
lebih banyak perlawanan perlu ditempuhi berbanding Kumpulan B.
Subscribe to:
Posts (Atom)